awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq gesa KPM ubah jadual SPM 2021

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2021
02:45 MYT
Syed Saddiq gesa KPM ubah jadual SPM 2021
Syed Saddiq berkata, beliau menerima banyak aduan daripada calon SPM 2021 mengenai jadual peperiksaan yang terlalu padat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membuat perubahan pada jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Menurut Ahli Parlimen Muar itu, beliau menerima banyak aduan daripada calon SPM 2021 mengenai jadual peperiksaan yang terlalu padat.
"Saya lihat jadual mereka dari 7 Mac sehingga 11 Mac sangat sesak kerana melibatkan subjek teras yang silih berganti (back to back).
"SPM ini peperiksaan penting untuk pelajar-pelajar Malaysia kerana keputusan mereka akan menentukan perjalanan seterusnya ke institusi yang lebih tinggi.
"Apabila subjek teras ini 'back to back', pelajar akan tertekan sebab tidak sempat membuat ulangkaji. Banyak pelajar yang tertekan sampai ada yang bunuh diri," katanya melalui laman Facebook, pada Ahad.
Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau turut diberitahu SPM tahun ini menggunakan silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menyebabkan baharu menyebabkan mereka tidak dapat mengulangkaji kertas peperiksaan tahun-tahun lalu.
"Ditambah pula dengan 'lockdown' dan Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR), pembelajaran telah terkesan akibat tiada peranti dan rangkaian internet untuk belajar.
"Saya mohon KPM untuk meneliti semula jadual peperiksaan SPM, beri mereka sedikit tempoh untuk peperiksaan subjek teras. Ini sahaja peluang yang mereka ada sebelum melangkah ke fasa kehidupan seterusnya," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#SPM
#jadual peperiksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan