awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq ketuai Kaukus Parlimen kaji ketum, kanabis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/10/2021
02:28 MYT
Syed Saddiq ketuai Kaukus Parlimen kaji ketum, kanabis
Objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan jadikan ia bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sembilan Ahli Parlimen hari ini telah bersetuju untuk menubuhkan satu kaukus baru untuk mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum dan kanabis untuk perubatan.
Menurut satu kenyataan media, objektif kajian pengawalseliaan bahan itu, adalah demi mengurangkan kemudaratan, dan menjadikan ia sebagai salah satu bentuk perubatan yang diiktiraf di Malaysia.
Menurut kenyataan itu lagi, Kaukus Medical Cannabis itu diwakili Ahli-Ahli Parlimen merentas pelbagai parti, sebagai salah satu usaha bipartisan yang murni dalam merangka dasar dan strategi untuk mengkaji kawal selia penggunaan ketum dan kanabis untuk perubatan.
Penubuhan Kaukus Medical Cannabis Saya ingin umumkan penubuhan Kaukus Medical Cannabis yang diwakili Ahli-Ahli Parlimen merentas pelbagai parti. Kaukus ini ditubuhkan untuk kaji kawal selia penggunaan Medical Cannabis & Ketum serta langkah kurangkan kemudaratan dalam perubatan. pic.twitter.com/7Sc2NVBMZT
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 14, 2021
“Sebagai sebahagian dari rangka kerja awal, Kaukus Medical Cannabis akan bertemu dengan kumpulan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.
“Hasil daripada penubuhan ini, Kaukus Medical Cannabis akan hadir dengan draf cadangan untuk perhatian Kerajaan Malaysia bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan Medical Cannabis dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” menurut kenyataan itu lagi.
Antara Ahli Kaukus Medical Cannabis adalah @SyedSaddiq @KhalidSamad @xavierjayakumar @DarellLeiking @Kelvinyii88 @Dr_AzmanIsmail @lukanisman @FadhliShaari. We want to uphold the spirit of bipartisanship that enable us to draft a better, solid policy. Let's work together!!
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 14, 2021
Selain itu ia menyebut, penubuhan Kaukus berkenaan juga selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan Medical Cannabis di Malaysia, yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.
Kaukus Medical Cannabis, menurut kenyataan itu lagi, percaya bahawa semangat bipartisan yang diangkat ini akan dapat diterjemah kepada dasar dan strategi yang baik untuk kebaikan rakyat dan negara.
Kaukus berkenaan dipengerusikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas – Muar), dan dianggotai Datuk Seri Azalina Othman Said (BN – Pengerang), Khalid Abdul Samad (PH – Shah Alam), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas – Kuala Langat), dan Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan – Penampang).
Selain itu, ia turut dianggotai Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH – Bandar Kuching), Dr Azman Ismail (PH – Kuala Kedah), Lukanisman Awang Sauni (GPS – Sibuti), dan Ahmad Fadhli Shaari (PN – Pasir Mas).
Topic Berkaitan
#Kaukus Parlimen
#ketum
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#kanabis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan