awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq kongsi pengalaman 'mengekor' ke Hanoi

Shafizan Johari
Shafizan Johari
16/12/2018
02:08 MYT
Syed Saddiq kongsi pengalaman 'mengekor' ke Hanoi
Syes Saddiq mendapati pengurusan sistem tiket di Vietnam boleh dicontohi Malaysia. - Instagram @syedsaddiq
MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pengalaman ketika 'mengekor' pasukan Harimau Malaya ke Stadium My Dihn di Hanoi, Vietnam malam tadi (Sabtu).
Dalam perkongsian di Instagram, Syed Saddiq memuji sistem tiket yang diamalkan Vietnam dan mengakui Malaysia boleh banyak belajar dalam hal ini.
View this post on Instagram
Ekor jangan tak ekor! Very efficient ticketing system from vietnam. I went through it myself. We have a lot to learn. P/s Congrats to Vietnam and Malaysia, we will come back stronger!!!
A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on
Dec 15, 2018 at 7:30am PST
Kenyataan ini menyusul pendedahan Astro AWANI tentang kewujudan masalah dalam sistem tiket pada pusingan pertama perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
Laporan itu menyebut wujud ramai penonton di stadium yang menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai tempat duduk walaupun sudah memperoleh tiket.
Malah laporan itu turut menunjukkan wujud limpahan penonton, lebih banyak daripada jumlah tempat duduk yang disediakan.
Syed Saddiq kemudian menyatakan pihaknya akan memperkenalkan sistem tiket baharu bagi menjamin keselamatan penonton di stadium.
Syed Saddiq menyatakan pihaknya akan memperkenalkan sistem tiket baru.
Syed Saddiq menyatakan pihaknya akan memperkenalkan sistem tiket baru bagi menjamin keselamatan penonton di stadium.
Sementara itu, dalam muat naik terbaru di Instagram, Ahli Parlimen Muar itu juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Vietnam dan yakin Malaysia akan kembali lebih kuat!
Harimau Malaya gagal menyerlahkan ngauman sebenarnya apabila terpaksa akur dengan keunggulan Naga Emas yang gah sebagai Raja Asia Tenggara yang baharu.
Malaysia tewas 0-1 (agregat 2-3) kepada Vietnam dalam perhitungan terakhir yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, sekali gus terlepas peluang untuk membawa pulang gelaran untuk seluruh penyokong negara.
Topic Berkaitan
#AFF Suzuki Cup
#Asia
#Ekor
#harimau Malaya
#Syed Saddiq
#Vietnam
#WeBelangTogether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan