awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq ‘mastermind’ pecah amanah dana Armada - Pendakwaan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2025
05:30 MYT
Syed Saddiq ‘mastermind’ pecah amanah dana Armada - Pendakwaan
Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Pendakwaan memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan ‘mastermind’ di sebalik tindakan bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu melakukan pecah amanah, terhadap dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), tujuh tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Pendakwaan mendakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai 'mastermind' di sebalik pecah amanah dana Armada Bersatu Anak Muda tujuh tahun lalu.
  • Timbalan Pendakwa Raya berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa panel hakim gagal menilai keseluruhan keterangan saksi secara objektif dan menyeluruh dalam prosiding rayuan.
  • Dakwaan berkenaan arahan Syed Saddiq kepada bekas Penolong Bendahari Armada Bersatu untuk mengeluarkan dana parti tanpa kejujuran turut ditegaskan dalam prosiding.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharudin Wan Ladin selaku perayu, menghujahkan demikian ketika prosiding pendengaran rayuan untuk mengetepikan keputusan yang membebaskan Syed Saddiq, 33.
Ia berhubung sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta atas empat tuduhan penyelewengan dana parti itu.
Semasa prosiding, Wan Shaharudin berkata, ketika prosiding di Mahkamah Rayuan, panel hakim gagal menilai keseluruhan keterangan saksi daripada satu episod ke episod lain secara objektif dan menyeluruh.
Beliau berkata, keterangan itu jelas menjurus kepada kesalahan persubahatan apabila responden didakwa memberikan arahan kepada bekas Penolong Bendahari, Rafiq Hakim Razali, 35, (saksi pendakwaan ke-13) untuk mengeluarkan wang milik Armada atas alasan tidak jujur.
“Keterangan SP13 bahawa beliau tidak akan mengeluarkan wang RM1 juta milik Armada jika tidak menerima arahan daripada ahli politik itu.
“Setiap peristiwa berlaku selepas arahan dikeluarkan sama ada kepada SP10, 11, 13, maka jelas sekali dalang bagi setiap episod itu ialah responden sendiri,” katanya.
SP10 ialah bekas Exco Armada Bersatu, Abdul Hannaan Khairy, 32, sementara SP11, bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, 35.
Wan Shaharudin turut berhujah, Mahkamah Rayuan menilai keterangan semua saksi itu termasuk SP8, pemilik syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq
#kes mahkamah
#keputusan mahkamah persekutuan
#kes pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan