awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2024
03:30 MYT
Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini
Syed Saddiq memaklumkan sudah berlari sejauh 20km dengan jumlah dana sebanyak RM10,000 berjaya diraih setakat jam 10 pagi tadi. -Foto Syed Saddiq
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memulakan misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer (km) bagi mengumpul dana berjumlah RM100,000 bermula pagi ini.
Ahli Parlimen Muar itu menerusi perkongsiannya di platform X memaklumkan sudah berlari sejauh 20km dengan jumlah dana sebanyak RM10,000 berjaya diraih setakat jam 10 pagi tadi.
"So it begins! 20km done. 180km more to go to Parliament (Larian kini bermula! 20km berjaya disudahkan. 180km lagi untuk ke Parlimen.)
"Bermula di Jambatan Muar, kini di Merlimau Melaka. Terharu ramai yang datang berhenti berikan sokongan.
"Alhamdulillah dah cecah ~RM10,000!!!," tulisnya dalam perkongsian ringkas.
So it begins! 20km done. 180km more to go to Parliament. Bermula di Jambatan Muar, kini di Merlimau Melaka Terharu ramai yang datang berhenti berikan sokongan. Ahamdulillah dah cecah ~RM10,000!!! Ramai yang bertanya macam mana nak menyumbang. L1nk di Profile/bio saya. pic.twitter.com/Efe7Y8QHbk
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2024
Larian yang dimulakan jam 6.30 pagi ini juga dikongsikan Syed Saddiq secara langsung di akaun media sosialnya.
Pada Khamis, Syed Saddiq memaklumkan misi "Langkah Muar" sebagai tanda protes berhubung isu peruntukan kepada pembangkang.
Menurut beliau, dana yang diraih itu nanti adalah bagi membiayai pembukaan dan operasi pusat khidmat rakyat Parlimen Muar, serta pembelian bakul makanan, tablet dan laptop.
Larian sejauh 200km dari Muar ke Parlimen itu dijangka berakhir pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#Muar
#Parlimen
#Langkah Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan