Skip to main content

Malaysia

MOTAC pertimbang kerjasama, bantuan kepada penganjur acara bertaraf antarabangsa

Menurut Tiong, langkah ini bertujuan menggalakkan penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan menarik penyertaan peserta luar negara ke Malaysia. - Gambar fail/Bernama
Menurut Tiong, langkah ini bertujuan menggalakkan penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan menarik penyertaan peserta luar negara ke Malaysia. - Gambar fail/Bernama

Ringkasan AI

  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersedia mempertimbangkan bantuan kepada penganjur acara antarabangsa yang menghadapi kekangan kewangan.
  • Langkah ini bertujuan menggalakkan penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan menarik penyertaan peserta luar negara ke Malaysia.
  • Program seperti forum dan bengkel kejurulatihan memanah dijangka menjadi platform perkongsian pengetahuan antara peserta tempatan dan antarabangsa.
Advertisement

SIBU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersedia mempertimbangkan bentuk kerjasama serta bantuan kepada penganjur yang menjayakan acara bertaraf antarabangsa di negara ini, khususnya yang berdepan kekangan kewangan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini bertujuan menggalakkan lebih banyak penganjuran acara bertaraf antarabangsa, sekali gus menarik penyertaan peserta luar negara.

“Usaha itu selaras dengan hasrat kementerian untuk memperkukuh penglibatan Malaysia dalam pasaran antarabangsa menerusi penganjuran acara yang mampu menarik penyertaan pelbagai negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Forum dan Bengkel Kejurulatihan Memanah Antarabangsa dan Kesejahteraan 2026 di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata program seumpama itu berpotensi menarik lebih ramai pengunjung dan ia turut menjadi platform perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran antara peserta tempatan dengan antarabangsa.

“Kita berharap penganjuran forum dan bengkel kejurulatihan ini pada tahun depan dapat diperbesar dengan penyertaan lebih banyak negara,” katanya.

Advertisement

Tiong berkata pihaknya juga akan meneliti kerjasama dan bantuan yang boleh disalurkan bagi menangani cabaran kewangan yang dihadapi penganjur. 

--BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement