Skip to main content

Malaysia

Syed Saddiq tiba di mahkamah diiringi penyokong

41666923423_SyedSaddiq.jpg
KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendengar keputusan sama ada dibebaskan atau diperintah membela diri berkaitan empat pertuduhan iaitu subahat, pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Syed Saddiq tiba di pekarangan mahkamah sambil diiringi para penyokongnya kira-kira jam 9.15 pagi.

Beliau yang memakai sut berwarna hitam itu dilihat melambai kepada petugas media yang menunggu sejak awal pagi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid akan memutuskan perkara sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau sebaliknya. -Sinar Harian



Must Watch Video

Advertisement