awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Saddiq tubuh parti berasaskan belia, satu usaha angkat suara anak muda - Penganalisis

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/08/2020
05:30 MYT
Syed Saddiq tubuh parti berasaskan belia, satu usaha angkat suara anak muda - Penganalisis
MUJIBU: 'Parti sedia ada tidak menjadikan anak muda sebagai pembuat dasar meskipun ada sayap pemuda dan hanya diperlukan sebagai penggerak jentera'. - Gambar fail
Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menubuhkan parti yang berasaskan orang muda merupakan satu usaha untuk mengangkat dan memberi tumpuan kepada suara golongan itu.
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Mujibu Abd Muis berkata, ini kerana parti sedia ada hanya dimonopoli oleh golongan veteran berbanding anak muda yang dilihat hanya sebagai penggerak jentera.
“Parti sedia ada tidak menjadikan anak muda sebagai pembuat dasar meskipun ada sayap pemuda dan hanya diperlukan sebagai penggerak jentera.
“Apa yang berlaku, kita lihat mereka tidak sampai ke peringkat tertinggi dan sudah tentu tidak menguasai pimpinan,” katanya ketika ditemu bual menerusi Skype pada Selasa.
Jelas Mujibu lagi, usaha bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), itu jelas menunjukkan penubuhan parti yang berbilang kaum itu tidak mempunyai agenda lain melainkan untuk menyuburkan serta menyegarkan politik anak muda yang seterusnya mampu menjadi pembuat dasar dalam konteks kerajaan kelak.
Bagaimanapun katanya, matlamat untuk menubuhkan parti itu perlu dilihat dalam aspek yang menyeluruh termasuk dari segi pengurusan, kewangan, strategi dan sebagainya yang turut perlu diberi perhatian.
Baru-baru ini, Syed Saddiq membuat keputusan untuk tidak menyertai Pejuang, parti baharu yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau akan menubuhkan sebuah parti baharu yang berbilang kaum dan memberikan tumpuan kepada golongan belia.
Topic Berkaitan
#Belia
#kerajaan
#Muar
#pemuda
#politik
#Syed Saddiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan