KUALA LUMPUR: Program Terkejutawan, yang menampilkan Datuk Aznil Nawawi atau mesra dipanggil Pak Nil selaku hos adalah satu siri SYOK Podcast baharu yang pastinya anda tidak mahu terlepas.

Siri menarik itu akan menemu bual dan mengupas kisah-kisah kejayaan anak-anak muda dari pelbagai latar belakang dan bidang yang diceburi seperti perniagaan produk kesihatan, perniagaan industri kecantikan, perniagaan secara maya dan banyak lagi.

Peniaga-peniaga muda yang akan ditemu bual ini juga merupakan personaliti tempatan dan individu yang tular di media sosial seperti pasangan ideal, Asyraf Khalid dan Tya Arifin; Aeril Zafrel, pelakon tempatan dan pengasas produk kosmetik;

Selain itu Datuk Azril, pengasas produk kecantikan; Datuk Zhafran (pengasas produk minuman kesihatan); Dr Hannan Yusof (pengasas pusat spa kecantikan); Kartika Eskayvie (pengasas produk kesihatan) dan Najib Assadok (usahawan maya).

Semestinya, individu yang akan ditemu bual ini akan memberikan sumber inspirasi dan pelbagai pelajaran mengenai selok belok dunia perniagaan serta pengurusan kewangan yang dikongsi oleh peniaga-peniaga muda ini bagi para pendengar.


Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh para peminat.

Setiap episod bakal menampilkan kelainan dari segi penceritaan, perkongsian dan kisah tauladan yang boleh dijadikan panduan oleh para peminat.

Episod pertama telah diterbitkan di aplikasi SYOK, dalam kategori ‘SYOKcast’ dan peminat boleh dengarkan episod-episod Terkejutawan seterusnya setiap Jumaat, jam 10 pagi menerusi laman rasmi dan di aplikasi SYOK.

Para peminat SYOK Podcast boleh memuat turun aplikasi SYOK dan dengar siri audio Terkejutawan sekarang!