PUTRAJAYA: Kerajaan sedang dalam proses menyiapkan syor berkaitan undang-undang keselamatan siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan sesi Hari Bertemu Pelanggan (HBP) di Menara Usahawan di sini hari ini, Abdul Latiff berkata syor berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Abdul Latiff pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada 7 Okt lepas dilaporkan berkata kerajaan bercadang mewujudkan undang-undang khusus bagi memperketat keselamatan siber di negara ini.
Menurutnya, walaupun negara sudah mempunyai undang-undang berkaitan keselamatan siber seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 namun kerajaan berpendapat perlu ada satu undang-undang khas mengenainya.
Mengenai HBP, Abdul Latiff berkata ia membolehkan beliau menjadi 'posmen' rakyat apabila bertemu secara bersemuka dengan orang ramai bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
HBP yang bermula hari ini akan diadakan secara mingguan iaitu pada 3 hingga 6 petang setiap Selasa di lobi Menara Usahawan.
Hanya 10 pendaftaran awal yang dibuat melalui janji temu dalam talian akan terpilih untuk hadir bertemu menteri dengan tempoh perbincangan ditetapkan antara 10 dan 15 minit serta setiap kehadiran diwajibkan membuat ujian saringan COVID-19.
Mereka yang mahu berjumpa dengan Abdul Latiff boleh berdaftar menerusi https://forms.gle/fKQxhPzqDF5oPaw57 dengan memperincikan permasalahan yang dihadapi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad mengadakan sesi Hari Bertemu Pelanggan di lobi Menara Usahawan hari ini. - Foto BERNAMA
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
Syor berkaitan undang-undang keselamatan siber sedang disiapkan - Abdul Latiff
Kerajaan sedang dalam proses menyiapkan syor berkaitan undang-undang keselamatan siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.