Syor Rafizi Ramli terhadap penstrukturan semula perkhidmatan awam termasuk memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) disifatkan sandiwara Naib Presiden PKR itu semata-mata.
Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, JASA sebenarnya merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan bagi menjawab segala isu-isu yang dilontarkan ke atas pentadbiran kerajaan hari ini.
"Jelas kerajaan kini adalah Barisan Nasional (BN). Seandainya pakatan harapan dapat menawan Putrajaya, pasti mereka juga akan menggunakan JASA untuk mempertahankan kerajaan.
"Semua tahu, tugas JASA adalah menerangkan serta memberi penjelasan isu semasa yang timbul terhadap kerajaan. Jadi pihak di sana juga pasti menggunakan JASA untuk membela mereka sekiranya mentadbir kerajaan, namun jika mereka hapuskan JASA jadi tidak adalah lagi JASA itu," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Rafizi mengesyorkan penstrukturan semula perkhidmatan awam dengan memansuhkan jabatan, jawatan atau peruntukan yang tidak berkait dengan tugas berkhidmat kepada rakyat tanpa pilih kasih.
Memetik dokumen Belanjawan 2017 (Maksud Bekalan 47 iaitu peruntukan yang diluluskan di dalam Belanjawan 2017 untuk KKM), Rafizi menjelaskan JASA diperuntukkan sebanyak RM22,886,500 pada 2017 berbanding RM22,801,000 yang dianggarkan dibelanjakan pada tahun sebelumnya.
Tambah Rafizi, dari jumlah RM22,886,500 ini, RM5,712,900 adalah perbelanjaan penggajian dan RM17,173,600 adalah perbelanjaan perbekalan,
Dalam pada itu, Lokman yang juga bekas Panel Pemikir JASA menegaskan, isu itu sengaja diadakan untuk tujuan tertentu pihak pembangkang.
Lokman yang berkhidmat selama tujuh tahun di JASA juga menjelaskan, tidak timbul langsung isu JASA menjadi alat kepada parti pemerintah hari ini.
"Pembangkang juga akan menggunakan JASA sebagai medium penerangan serta penjelasan kepada rakyat jika mereka berkuasa, namun peluang untuk memerintah negara itu nampaknya tidak ada kepada mereka.
"Semua sedia maklum sifat pemimpin PKR yang hanya tahu cakap dan tidak melaksanakan. Rafizi sendiri seperti cuba mendiamkan mana-mana pihak yang cuba mempertikai hujahnya.
"Banyak isu yang dibangkitkan Rafizi dapat dipatahkan dengan hujah-hujah fakta sekali gus membuktikan pembohongannya sendiri, jadi Rafizi sebenarnya takut banyak lagi pendedahan JASA yang akan membuktikan pembohongannya," ujarnya.
Tegas Lokman, Rafizi hari ini semakin bimbang pembohongannya akan didedahkan dan jalan singkat yang diambil adalah mempengaruhi masyarakat dengan menabur persepsi negatif terhadap JASA.
Astro Awani
Wed Feb 15 2017
LOKMAN: Syor Rafizi terhadap penstrukturan semula perkhidmatan awam termasuk memansuhkan JASA di KKMM disifatkan sandiwara Naib Presiden PKR itu. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Syor mansuh JASA hanya sandiwara Rafizi - Lokman Adam
Syor Rafizi Ramli terhadap penstrukturan semula perkhidmatan awam termasuk memansuhkan JASA di KKMM disifatkan sandiwara Naib Presiden PKR itu semata-mata.