awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syurga buatmu, adik Noah - Radzi Jidin

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2025
23:50 MYT
Syurga buatmu, adik Noah - Radzi Jidin
Mohd Radzi (dua, kiri) antara yang hadir solat jenazah kanak-kanak yang maut selepas terjatuh dari sebuah apartmen di Presint 9, Putrajaya pada Sabtu, di Hospital Putrajaya, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin menzahirkan rasa sedih dan simpati atas insiden menimpa seorang kanak-kanak lelaki yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen perumahan awam di Presint 9, di sini pada Sabtu.
Beliau menyifatkan pemergian secara mengejut anak kecil yang baru berusia dua tahun lapan bulan itu tentunya satu ujian berat dan kehilangan besar buat ibu bapa serta keluarga terdekat.
“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya doakan agar keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. Syurga buatmu, adik Noah. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Mohd Radzi turut hadir ke Hospital Putrajaya pagi Ahad untuk menziarahi jenazah dan bersama-sama menunaikan solat jenazah.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh apartmen berkenaan dalam kejadian menyayat hati pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis masih menyiasat punca sebenar kejadian kerana terdapat pelbagai versi yang tular di media sosial mendakwa mangsa dipercayai memanjat sofa sebelum terjatuh.
“Siasatan mendapati terdapat sebuah sofa berada di ruangan terbuka tingkat lapan, manakala mangsa dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh,” katanya.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan lengkap dijalankan pihak berkuasa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#kanak-kanak maut
#Putrajaya
#terjatuh dari apartmen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami