awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabika, Taska KEMAS tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas

Bernama
Bernama
05/05/2023
20:55 MYT
Tabika, Taska KEMAS tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas
Semua tabika dan taska KEMAS dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan aktiviti fizikal KKM serta peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan masing-masing. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas.
KEMAS dalam kenyataan semalam memaklumkan selain itu kesemua tadika dan taska juga memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas, selain mengehadkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas.
Selain itu, tadika dan taska juga perlu memastikan bekalan air bersih mencukupi dan menggalakkan kanak-kanak membawa air minuman sendiri serta menggalakkan kanak-kanak mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.
"Semua tabika dan taska KEMAS dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan aktiviti fizikal, Kementerian Kesihatan (KKM) serta perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.
"Maklumat terkini status cuaca panas juga boleh didapati di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Tabika Taska KEMAS
#aktiviti luar bilik darjah
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan