KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurutnya, penubuhan TPNS itu bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan mahupun luar negara.
"Kerajaan negeri telah menubuhkan TPNS yang akan dilancarkan bulan depan. Penubuhan TPNS adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023.
"Usaha berkenaan juga selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat negeri di Pusat Konveksyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.
Pada Disember 2021, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021, yang memperuntukkan dana untuk Pendidikan di Sabah dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Sebelum ini, tambah Hajiji, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) menyokong penuh pembangunan pendidikan negeri termasuk menyediakan bantuan khas pendidikan antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI); Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI)
Dalam pada itu, Ketua Menteri meminta semua warga pendidik di Sabah agar terus menjadi tonggak yang kukuh dalam melahirkan kemenjadian murid dan menyokong kepada membina Sabah Maju Jaya melalui sistem pendidikan sejahtera serta berkualiti.
Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2022 kepada Datuk Nuinda Alias manakala Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Madaile Basri.
Astro Awani
Mon May 23 2022

Hajiji (tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima Anugerah Tokoh Guru 2022, Datuk Nuinda Alias (dua dari kanan) dan Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan, Madaile Basri pada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat negeri di SICC pada Isnin. - JKM.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Teknologi | Trak berkuasa hidrogen, elektrik inovasi terbaharu UK
Bermula tahun 2030, semua jenis kenderaan di United Kingdom perlu menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi bahan api. Ini termasuk trak pelbagai muatan, namun pembawaan tenaga bateri menjadi satu cabaran kerana masalah berat yang juga disifatkan tidak mesra pengguna.

Inflasi | Pekerja lapangan terbang di Perancis tuntut naik gaji
Penerbangan dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris dan beberapa lapangan terbang lain di Perancis mengalami gangguan pada Jumaat. Ia selepas pekerja lapangan terbang mengadakan mogok dan bantahan bagi menuntut kenaikan gaji bagi mengimbangi inflasi.

Insiden Jet | Myanmar mohon maaf selepas langgar ruang udara
Thailand menjelaskan, negara jirannya Myanmar telah memohon maaf selepas sebuah jet pejuang memasuki ruang udara Thailand. Insiden pada Khamis itu mengakibatkan pihak berkuasa Thailand membawa keluar ratusan murid sekolah serta mengerahkan jet tentera ke kawasan berkenaan.

Tabung Pendidikan Negeri Sabah dilancar Jun depan - Hajiji
Hajiji memaklumkan, Kerajaan negeri akan melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan.