awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2023
22:30 MYT
Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri
Keadaan bangunan tadika yang terbakar. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seramai 36 murid dan guru berdepan detik cemas apabila Tadika Sri Orkid Jaya di Taman Bukit Tiram di sini terbakar pada Khamis.
Difahamkan kebakaran disedari di peringkat awal kira-kira pada jam 8.30 pagi sebelum guru dan murid-murid terbabit segera meninggalkan bangunan tadika tersebut.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Salleh Mohamed, semua murid dan guru terselamat serta tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 8.38 pagi. Sekolah tadika tersebut beroperasi hari ini walaupun hari ini cuti umum.
"Susulan itu seramai lapan anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah dua tingkat jenis struktur kekal berkeluasan 6x21 meter yang dijadikan tadika.
Menurutnya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 10 minit dan operasi memadam kebakaran selesai pada 11.15 pagi.
Tambah Mohd Salleh, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang bersyukur kerana cucunya yang belajar di tadika berkenaan selamat.
"Syukur alhamdulillah semua selamat. Beg dan buku-buku murid hangus kerana tidak sempat diselamatkan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tadika
#kebakaran
#Tadika Sri Orkid Jaya
#BBP Johor Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan