KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan anggota pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil) dari Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Mohamed Khaled ketika dihubungi Bernama berkata demikian secara ringkas dan memaklumkan bahawa perincian lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan rasmi kemudian.
Menurut laporan media Lubnan, kenderaan berperisai milik UNIFIL yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini.
Portal Defence Security Asia (DSA) yang memetik media Lubnan melaporkan bahawa kawasan berkenaan berada di luar kawasan operasi UNIFIL.
Portal berita berbahasa Arab, Lubnan Al-Modon pula mengeluarkan video memaparkan keadaan dalam kenderaan perisai UNIFIL itu yang antara lain menunjukkan di stereng kenderaan perisai terdapat perkataan "Cendana Auto" dan beberapa peralatan peribadi milik anggota pengaman.
Ketika berita ini disiarkan, Bernama masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan daripada Markas Angkatan Bersama yang berperanan menyelaraskan keperluan operasi dan misi di bawah PBB.
Sementara itu, Timbalan Jurucakap UNIFIL Kandice Ardiel ketika bercakap dengan stesen televisyen tempatan, Lebanese Broadcasting Corporation International (LBCI) mengesahkan kejadian itu yang membawa kepada penahanan sementara anggota pengaman UNIFIL.
"Sebuah kenderaan pasukan pengaman PBB yang sedang dalam perjalanan rutin logistik ke Beirut telah memasuki jalan yang tidak dirancang," menurut Kandice.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kewarganegaraan anggota pengaman yang terbabit dalam insiden itu.
Selain kebebasan untuk bergerak di dalam kawasan operasi UNIFIL, Kandice memaklumkan mereka juga dibenarkan bergerak di seluruh Lubnan oleh kerajaan negara itu bagi tujuan pentadbiran dan faktor logistik seperti tertakluk dalam pelaksanaan Resolusi 1701.
Dalam pada itu, Akhbar Lubnan, Al-Akhbar yang dipetik portal LBCI pula mengesahkan insiden di Hay al-Sellom di Dahiyeh itu membabitkan kenderaan perisai yang membawa anggota pengaman Malaysia.
Menurut Al-Akhbar, kejadian itu dianggap sebagai sensitif dan berpunca daripada 'kesilapan' anggota ke kawasan dikenali sebagai kubu kuat pejuang, terutamanya ketika konflik dengan musuh.
Akhbar itu juga menyatakan bahawa insiden itu bukan kali pertama berlaku dan "perselisihan faham" (altercation) antara pasukan tentera antarabangsa dan penduduk tempatan juga bukanlah kali pertama berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Khaled berkata perincian lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan rasmi kemudian. - Gambar fail/Bernama
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
[TERKINI] Donald Trump didapati bersalah atas 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan
Donald Trump disabit kesalahan memalsukan rekod perniagaan. Hukuman ditetapkan 11 Julai, dengan bekas Presiden AS ini berdepan penjara atau denda.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Tahan kenderaan Unifil: Pasukan Pengaman Malaysia di Lubnan selamat - Mohamed Khaled
Anggota pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (Unifil) dari Malaysia berada dalam keadaan selamat.