awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan

Bernama
Bernama
30/05/2024
22:45 MYT
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Seramai 23 pemain disenaraikan dalam skuad berdepan Korea Selatan dan pasukan dijangka berlepas hari ini.
KUALA LUMPUR: Pasukan ragbi 15 sebelah (15's) kebangsaan mempertaruhkan gabungan pemain senior dan muda bagi menggalas cabaran pada perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 menentang Korea Selatan di Incheon Ahad ini.
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Flyhalf Mohd Fairuz Ab Rahman pula diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan yang diberi julukan Bunga Raya 15s itu.
"Pemain muda juga mendapat tempat dalam senarai 23 pemain ke Korea seperti pemain di posisi nombor 9 (scrum half), Razali Ramlan yang akan bermain di kempen ARC untuk kali yang kedua," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, seramai 23 pemain disenaraikan dalam skuad berdepan Korea Selatan dan pasukan dijangka berlepas hari ini.
Selepas menentang Korea Selatan, Malaysia akan melayani kunjungan Hong Kong yang dijadual berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 8 Jun dan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi terakhir di Dubai pada 21 Jun.
Kejohanan Ragbi Asia 2024 berlangsung dalam format liga sepusingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ARC 2024
#Bunga Raya 15s
#Korea Selatan
#KRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan