awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan Imigresen lolos: Polis rakam keterangan pemandu langgar 6 pelarian

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/04/2022
09:53 MYT
Tahanan Imigresen lolos: Polis rakam keterangan pemandu langgar 6 pelarian
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemandu berusia 50 an berasal dari Pulau Pinang itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang sudah merekodkan keterangan pemandu kereta berhubung kemalangan maut membabitkan enam pelarian warga Rohingya yang meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemandu berusia 50 an berasal dari Pulau Pinang itu tidak mengalami sebarang kecederaan namun masih terkejut dengan kejadian yang berlaku di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Jelasnya, siasatan lanjut mengenai kemalangan itu sedang dijalankan dan polis masih mencari saksi lain yang melihat kejadian berkenaan untuk membantu siasatan.
"Kita masih menyiasat... semalam saya di maklum kan pemandu masih berada dalam keadaan terkejut akibat kejadian kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu. Dia sendiri tidak menyangka ada orang yang akan melintas jalan di lebuh raya berkenaan.
"Siasatan juga mendapati lelaki itu tidak memandu laju, tidak ada saksi yang melihat sewaktu kejadian yang menyatakan dia memandu laju, tetapi apa pun kita masih mencari saksi dan menyiasat kemalangan tersebut," jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd Shuhaily memaklumkan polis sudah mengenal pasti identiti enam warga Rohingya yang berumur antara lapan tahun hingga 36 tahun dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Bakap.
BACA: 528 tahanan depot imigresen lolos, 205 masih diburu, 6 maut nahas lebuh raya
Manakala dua lagi pelarian yang cedera dalam kemalangan itu dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Mohd Shuhaily berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri di George Town pada Khamis.
Dalam kejadian jam 6.50 pagi Rabu, enam daripada 528 tahanan warga asing maut ketika sedang melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau.
Mereka terdiri daripada dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian ketika cuba melintas jalan di Lebuhraya PLUS KM 165 arah selatan.
Topic Berkaitan
#polis pulau pinang
#tahanan imigresen lolos
#kemalangan maut
#pelarian Rohingya
#etnik Rohignya
#Depot Imigresen Sementara Relau
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan