awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak

Bernama
Bernama
03/02/2024
12:15 MYT
Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta. - Facebook Polis Perak
TAPAH: Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini pada Khamis lepas, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta di sini.
Beliau berkata semua tahanan itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.
Terdahulu, pada sidang media pagi tadi Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata 10 tahanan warga asing tersebut telah ditahan.
Beliau berkata mereka ditahan selepas masing-masing mula keluar disebabkan ada keperluan untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada penduduk kampung termasuk di masjid.
Pada Khamis, seramai 131 tahanan terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.
Semua tahanan itu merusuh dengan merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lolos dari tahanan
#Depot Imigresen Sementara Bidor
#polis perak
#pendatang asing tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan