awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan LTTE: Polis minta keluarga bersabar

Bernama
Bernama
22/10/2019
20:59 MYT
Tahanan LTTE: Polis minta keluarga bersabar
Abdul Hamid juga memberi jaminan keadaan tahanan adalah baik. -Gambar fail
Polis meminta keluarga tahanan yang disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) agar bersabar sehingga siasatan selesai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis masih menjalankan siasatan terhadap 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Melaka dan Negeri Sembilan yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Pasukan penyiasat sedang mempercepatkan siasatan supaya kertas siasatan dibawa kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya sama ada menolak kes itu atau mendakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Sukan PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.
Abdul Hamid juga memberi jaminan keadaan tahanan adalah baik.
"Saya bersimpati perayaan Deepavali semakin hampir tapi tindakan pihak saya adalah untuk keperluan kepentingan dan keselamatan... bagi keluarga yang masih tidak berpuas hati, mohon bersabar.
"Saya jamin keadaan mereka sentiasa dijaga dan kami akan beri segala hak yang dibenarkan dalam undang-undang pada keluarga untuk melawat... kami akan berikan kemudahan itu," katanya.
Sejak semalam, beberapa ahli keluarga tahanan berhimpun di hadapan Bukit Aman sebagai protes dan menggesa polis membebaskan tahanan bagi menyambut perayaan Deepavali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Deepavali
#keluarga tahanan
#kumpulan militan
#LTTE
#PDRM
#tahanan polis
#Tamil Eelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan