Tahanan yang terlibat dengan kumpulan Militan IS ditempatkan dalam penjara berasingan daripada banduan lain.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai langkah mengelak penyebaran ideologi pelampau dalam kalangan banduan.

Seramai 120 banduan sudah diasingkan di dua penjara khusus iaitu penjara Bentong, Pahang dan Penjara Tapah, Perak.

Zahid sebelum itu menerima kunjungan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara Amerika Syarikat, Daniel R Russel.