awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahanan warga Sri Lanka meninggal dunia dalam lokap di Jinjang

Bernama
Bernama
01/10/2023
09:49 MYT
Tahanan warga Sri Lanka meninggal dunia dalam lokap di Jinjang
Lelaki berusia 43 tahun itu mengadu sakit di bahagian dada pada 11 malam, lalu pihak polis segera menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL).
KUALA LUMPUR: Seorang warga Sri Lanka yang ditahan bagi membantu kes bunuh rakan senegara, meninggal dunia malam tadi di lokap berpusat Jinjang Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata lelaki berusia 43 tahun itu mengadu sakit di bahagian dada pada 11 malam dan pihak polis segera menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Penolong pegawai perubatan HKL telah hadir bagi memberi rawatan awal dan mengesahkan kematian tahanan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya bedah siasat akan dijalankan di HKL bagi menentukan punca kematian dan jabatan beliau akan menjalankan siasatan berkaitan kematian itu.
Difahamkan tahanan tersebut ditangkap 23 Sept lepas bagi membantu siasatan kes bunuh tiga warga senegara di sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul, di sini pada 22 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahanan
#Sri Lanka
#tahanan meninggal dunia
#lokap
#Jinjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan