awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM

Bernama
Bernama
13/12/2023
09:24 MYT
Tahap kesaksamaan gender 2022 meningkat 0.2 peratus - DOSM
Mohd Uzir Mahidin berkata tiga negeri mencatat skor MGGI tertinggi iaitu Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti Kuala Lumpur (0.767) dan Labuan (0.736). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatatkan purata skor 0.694 atau 69.4 peratus pada 2022, meningkat 0.2 peratus berbanding 0.692 (69.2 peratus) pada 2021, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata tiga negeri mencatat skor MGGI tertinggi iaitu Putrajaya dengan skor 0.792, diikuti Kuala Lumpur (0.767) dan Labuan (0.736).
"Berdasarkan kepada skor MGGI 2022, kita (Malaysia) berada di kedudukan ke-93 daripada 146 negara di dunia. Pada masa yang sama, dalam kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-11 pada 2022.
"Malaysia mendahului Timor-Leste (0.693), Brunei Darussalam (0.693), Korea Selatan (0.680), China (0.678), Vanuatu (0.678), Fiji (0.650), Myanmar (0.650) dan Jepun (0.647)," katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih Malaysia 2023 hari ini.
MGGI mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat subindeks merangkumi peluang dan penyertaan ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kehidupan serta penguasaan politik.
Skor dengan nilai 1.0 (100 peratus) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam subindeks pencapaian pendidikan dengan skor 1.067, kesihatan dan kehidupan (0.961) manakala peluang dan penyertaan ekonomi (0.644).
"Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita masih rendah iaitu 55.8 peratus pada 2022 jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam (75.2 peratus) dan Singapura (73.2 peratus).
"Penguasaan politik merekodkan skor terendah iaitu 10.2 peratus (skor 0.102) yang menunjukkan terdapat potensi peningkatan perwakilan dan pemerkasaan wanita dalam bidang politik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesaksamaan gender
#MGGI
#Indeks Jurang Gender Malaysia
#DoSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan