SHAH ALAM: Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini berada dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.
Beliau berkata laporan kredit pengguna CTOS di Malaysia menunjukkan peningkatan positif dalam purata skor sejak tiga tahun lalu iaitu daripada 663 kepada 678 skor.
"Jadi semakin tinggi skor bagi seseorang individu semakin tinggi peluang untuk mereka mendapatkan pinjaman," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Kekal Impian Sdn Bhd dan CTOS Data Systems di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Bhd, Erick Hamburger menyasarkan agensi pelaporan kredit itu mampu mencapai 3.3 juta pengguna yang berdaftar dengan platform itu menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata setakat ini syarikat itu mempunyai kira-kira tiga juta pengguna aktif bagi menyemak skor dan kelayakan kredit serta pengurusan kewangan mereka.
Katanya, sasaran itu mampu dicapai memandangkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dan menjadikan mereka lebih peka dengan transaksi kredit serta skor kewangan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Eric Chin berkata laporan kredit pengguna CTOS di Malaysia menunjukkan peningkatan positif dalam purata skor sejak tiga tahun lalu iaitu daripada 663 kepada 678 skor. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia dalam keadaan baik - CTOS
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini berada dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.

Laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 tunjuk pertambahan positif
Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678.

Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.

Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."

CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.

CTOS disenaraikan pada premium 36.4 peratus
CTOS Digital Bhd mencatatkan prestasi permulaan penyenaraian yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.50, iaitu premium 36.4 peratus atau 40 sen daripada harga terbitan RM1.10.

4,632 anak Perak belum bayar pinjaman pengajian
Kerajaan negeri juga perlu memikirkan mengenai masa depan untuk anak-anak Perak lain yang mahu memohon pinjaman berkenaan.