awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahap kestabilan kesihatan awam diukur dengan jumlah kemasukan ke ICU

Bernama
Bernama
18/03/2022
07:14 MYT
Tahap kestabilan kesihatan awam diukur dengan jumlah kemasukan ke ICU
Suasana sibuk petugas kesihatan di dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang menempatkan lebih 28 pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buloh. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kesan dan tahap kestabilan kesihatan awam selepas pembukaan sempadan negara hanya dapat diukur menerusi kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
"Kita akan mula buka sempadan pada 1 April ini dan kita nak tengok kesan kepada pembukaan itu dan kita jangka pembukaan yang akan dibuat dengan selamat dan tidak ada tekanan kepada sistem kesihatan awam.
"Tetapi apa yang kita tak tahu adalah dari segi varian baharu Omicron...ini kita masih pantau sebab kita tahu Omicron ini ada sub unit dan pakar di Kementerian Kesihatan sedang memantau. Kalau kita lihat negara Eropah, kadar jangkitan turun dan naik," katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai cara mengukur tahap kestabilan kesihatan awam yang diguna pakai kementerian.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.
Ismail Sabri dilapor berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.
Khairy berkata turut dipantau adalah dari segi kelonggaran solat tarawih.
"Saya nak tengok selepas 1 April ini...lebih kelonggaran solat tarawih dan sebagainya, melonjak naik atau tidak...(bilangan) kes tak apa, cuma kemasukan hospital dan ICU itu saya nak lihat dalam beberapa bulan lagi (sama ada) keadaan itu stabil atau tidak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesihatan awam
#rakyat Malaysia
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan