awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tahniah, seluruh Wilayah Persekutuan kini capai imuniti kelompok - Annuar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/08/2021
10:59 MYT
Tahniah, seluruh Wilayah Persekutuan kini capai imuniti kelompok - Annuar
Annuar Musa memberitahu, Putrajaya berjaya mencapai imuniti kelompok apabila kadar vaksinasi COVID-19 penduduk mencecah 80 peratus. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Putrajaya berjaya mencapai imuniti kelompok hari ini apabila kadar vaksinasi COVID-19 penduduk wilayah itu telah mencecah 80 peratus, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
"Hari ini Putrajaya berjaya capai 80 peratus suntikan. Kini seluruh Wilayah Persekutuan berjaya capai herd immunity...tahniah semua," katanya dalam hantaran di akaun Twitternya di sini, pada Rabu
Hantaran beliau turut memaparkan statistik pemberian vaksin di Wilayah Persekutuan yang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Hari ini Putrajaya berjaya capai 80% suntikan.Kini seluruh WP berjaya capai HERD IMMUNITY..TAHNIAH SEMUA Kuala Lumpur Dos 1 : 2,594,386 (146%) Dos 2 : 1,680,548 (95%) Putrajaya Dos 1 : 121,912 (111%) Dos 2 : 87, 757 (80%) Labuan Dos 1 : 69,426 (101%) Dos 2 : 64,787 (94%) pic.twitter.com/wyXawwbrsn
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) August 18, 2021
Menurut Annuar, setakat ini hampir 122,000 daripada penduduk Putrajaya sudah menerima dos pertama sementara lebih 87,000 penduduk pula sudah melengkapkan dua dos vaksin.
"Di Kuala Lumpur pula hampir 2.6 juta penduduk sudah menerima dos pertama dengan 1.7 juta daripadanya sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19," katanya.
Sementara itu di Labuan pula katanya, hampir 70,000 penduduk sudah menerima dos pertama dan lebih 64,000 penduduk sudah melengkapkan dua dos.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#dos pertama
#imuniti kelompok
#Annuar Musa
#Labuan
#Putrajaya
#suntikan
#herd imunity
#Tan Sri Annuar Musa
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan