ABANG VIVA atau nama penuhnya Azwan Omar merupakan antara senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri bersempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Dalam istiadat itu, Azwan menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
Nama Abang Viva mencuri tumpuan ramai apabila dia dianggap sebagai wira banjir kerana usaha murninya membantu mangsa banjir bermula di Puchong disusuli Taman Sri Muda, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang, baru-baru ini.
Anak bongsu daripada empat beradik itu bergerak solo memandu Perodua Viva dengan membawa bot getah yang diletakkan di atas bumbung keretanya, menuju lokasi banjir berbekal wang RM50 diberikan oleh ibunya manakala RM20 bagi mengisi minyak bot dan baki RM30 untuk makanan buat mengalas perut.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Sementara itu, Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.
Dalam pada itu, vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search menjadi antara 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Aug 25 2022
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
Hab Media Mekah dapat sambutan wartawan antarabangsa
Terdapat beberapa bilik operasi di pusat itu, dengan pasukan yang berbeza ditugaskan di sana untuk menyediakan perkhidmatan.
Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci
Antara penambahbaikan ialah pemasangan lebih 6,200 menara komunikasi di seluruh Mekah dan Madinah mewakili peningkatan 74 peratus berbanding 2019.
Guna kebebasan media secara bertanggungjawab elak mudarat kepada masyarakat
Dalam usaha untuk mengukuhkan rangka kerja sedia ada tidak bermakna Malaysia akan menindas kebebasan media.
AWANI Pagi: Langkawi mahu tampil destinasi pelancongan berbeza
Bersama dua tetamu Malik Mohammad @ Max Wellrose, Artis Visual dan Muhammad Hazrin Abdul Malek, Pengarah Cawangan Balai Seni Negara Langkawi berkenaan usaha menampilkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan berbeza.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
ASEAN berusaha tingkat tindak balas bencana
Jerayawara One ASEAN One Response (OAOR) yang dilancarkan di sini pada Isnin, memberi tumpuan kepada meningkatkan mekanisme tindak balas bencana bagi Laos dan komuniti Persatuan Negara-Negara Asia Ten
14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung 35 tahun
Kisah Baharin Osman sekeluarga 14 orang dari Mukah, Sarawak yang menjadi dhuyufurrahman dan datang ke Tanah Suci secara bersama tahun ini disebabkan disiplinnya selama 35 tahun menabung dengan jumlah sekecil RM50 dan mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
Simposium Perdana Haji himpun ulama, cendekiawan
Simposium Perdana Haji kali ke-48 yang diadakan di Mekah tahun ini bertemakan usul fiqh dan fatwa di mana ulama dan cendekiawan yang hadir membincangkan mengenai penekanan Arab Saudi dalam memberikan kemudahan kepada bakal haji iaitu adakah ia bersesuaian atau sebaliknya, adakah ia menunjukkan Islam itu agama yang mudah atau sukar.
Kerajaan Australia guna TikTok dalam kempen antimerokok, vape
Kerajaan Australia telah melancarkan kempen baharu yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok dan menghisap vape.
Aerospace: Contemporary Challenges and Industry Response
Malaysia Aerospace Industry Blueprint (MAIB) 2030 envisions the aerospace industry to contribute a total revenue of RM 55 billion by 2030, and while COVID-19 did hinder the progress of the blueprint, the industry is no doubt back in full swing.
#MIGT #AMIC
#MIGT #AMIC
Loji oksigen tunggal di Gaza berisiko ditutup akibat kekurangan bahan api
Loji pengeluaran oksigen tunggal di Bandaraya Gaza berisiko ditutup dalam beberapa jam akibat kekurangan bahan api yang serius.
Tahniah Wira Banjir! Hadir bersama ibu, 'Abang Viva' terima Pingat Jasa Kebaktian
Dalam istiadat itu, Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas jasanya membantu mangsa banjir.
Banjir: 'Abang Viva' akui akan bantu mangsa di Terengganu, Kelantan
Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.