KUALA LUMPUR:Lembu logam yang menjadi simbolik kepada kekuatan sempena perayaan Tahun Baharu Cina kali ini boleh dijadikan sebagai gambaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu-padu berdepan cabaran pandemik COVID-19.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, haiwan itu membawa makna yang cukup besar seperti bertenaga dan bekerja keras.
"Jadi apabila masyarakat Tionghua menyambut lembu logam ini bermakna ia akan memberikan satu isyarat kepada rakyat Malaysia bukan sahaja kaum Tionghua tetapi rakyat Malaysia bahawa untuk tahun ini kita perlu mempunyai kekuatan.
"Kita mesti ada cukup tenaga untuk menghadapi pelbagai cabaran dan bersedia untuk membuat pengorbanan, dan paling penting membantu memulihkan ekonomi negara," katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina juga, lembu mempunyai gambaran yang sangat positif dan lambang ketekunan, kesyukuran dan kesetiaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata masyarakat Tionghua pada tahun ini perlu meraikan Tahun Baharu Cina bersesuaian dengan norma baharu.
Walaupun ia kemeriahannya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, Lam Thye mengingatkan agar masyarakat Cina tidak alpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Saya anggap bahawa dalam keadaan norma baharu ini rakyat Malaysia terutamanya berbangsa Tionghua memahami tentang tanggungjawab mereka untuk memastikan bahawa sambutan boleh diteruskan tanpa mengabaikan tradisi Tionghua.
"Tetapi, mengikut norma baharu. Jadi saya rasa ini ialah sesuatu perkara telah diterima oleh masyarakat Tionghua di negara kita," ujarnya.
Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini membenarkan tradisi makan besar keluarga pada perayaan Tahun Baharu Cina.
Bagaimanapun tradisi makan besar hanya boleh dihadiri tidak lebih 15 ahli keluarga.
Mesyuarat juga bersetuju untuk aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari dan tertakluk kepada SOP ketat.
Hasimi Muhamad
Fri Feb 12 2021
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina lembu memberi gambaran yang sangat positif selain lambang ketekunan, kesyukuran dan kesetiaan - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Kesihatan mental di tempat kerja penting untuk kesejahteraan - Lee
Lee berkata kesejahteraan mental berkait rapat dengan produktiviti dan kesihatan mental yang baik di tempat kerja membawa manfaat.
Pengenalan CPI dalam KPI memupuk ketelusan - Lam Thye
Ia akan mengalih fokus utama daripada membuat lebih banyak kerja kepada isu meraih kepercayaan orang awam dan tingkah laku beretika.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Tanah jerlus: Audit keselamatan dalam tempoh tiga tahun
Lee Lam Thye berkata, menerusi audit keselamatan itu perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahagian bawah tanah.
Rasuah penyakit masyarakat yang merentasi etnik, harus ditangani secara kolektif - Lam Thye
Rasuah adalah penyakit masyarakat yang merentasi etnik dan harus ditangani secara kolektif, menurut ahli Institut Integriti Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.