KUALA LUMPUR: Hanya tiga hari, namun itu tidak menghalang orang ramai untuk memanfaatkan cuti sempena Tahun Baharu Cina hujung minggu ini untuk pulang ke kampung dan mengunjungi tempat pelancongan di seluruh negara.
Tatkala ada yang cenderung memandu kenderaan sendiri, pengangkutan awam terutamanya bas ekspres terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan keselesaan namun serik memandu dalam kesesakan.
Tidak lagi sepertimana dahulu yang menyaksikan orang ramai beratur panjang di kaunter, tinjauan Bernama mendapati penjualan tiket secara dalam talian yang lebih sistematik memudahkan pembelian tiket lebih awal, justeru secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.
"Saya sudah tempah tiket dalam talian sebulan lepas sebab takut habis dijual untuk cuti Tahun Baharu Cina," kata Eva Chong, 21, yang akan pulang menyambut perayaan itu di Kulai, Johor selama seminggu bersama keluarga.
Pelajar kolej swasta yang ditemui Bernama di Terminal Bas Bersepadu (TBS) itu berkata perkhidmatan pembelian dalam talian sangat membantu golongan pelajar sepertinya untuk merancang pembelian pulang ke kampung selain dapat mengelak daripada ditipu 'ulat tiket'.
Malah, perkhidmatan dalam talian membantu mereka yang melakukan pembelian saat akhir untuk meninjau tiket, berbanding sebelum ini yang memerlukan orang ramai ke terminal bas dan bertanya ke setiap kaunter ataupun menghubungi syarikat bas.
Kemudahan itu memberi kelegaan kepada Joana, 28, yang hanya sempat membeli tiket Rabu lepas untuk pulang ke Melaka bagi meraikan sambutan itu bersama keluarga biarpun hanya mendapat cuti sehari.
"Saya beli tiket secara dalam talian semalam dan nasib baik masih ada satu untuk saya," katanya.
Bernama turut mendapati bas yang disediakan bagi menampung jumlah penumpang sempena cuti Tahun Baharu Cina kali ini mencukupi apabila beberapa kaunter yang dikunjungi menyatakan tiket ke beberapa destinasi tumpuan masih ditawarkan.
Ini dapat dilihat apabila mereka yang melakukan pembelian saat akhir selain Joana tidak berhadapan masalah kehabisan tiket biarpun hanya berbaki sehari lagi sebelum perayaan masyarakat Tionghua itu.
Pembelian di kaunter bagaimanapun masih menjadi pilihan khususnya dalam kalangan warga emas dan pembeli juga tidak perlu beratur panjang.
"Biarpun boleh beli dalam talian, penting juga ada kemudahan di kaunter kerana kadang-kadang sistem boleh berlaku 'di luar talian' terutamanya ketika ramai berpusu-pusu menggunakan sistem itu dalam satu-satu masa khususnya pada musim perayaan.
"Saya baharu sahaja beli tiket di kaunter tadi dan nasib baik ada berbaki tiga lagi tiket," kata Fanisha Abdullah, 25, yang akan pulang ke kampung halamannya di Kluang, Johor bersama dua anaknya.
Selain rakyat tempatan, pelancong asing turut tidak melepaskan peluang menggunakan pengangkutan awam untuk menerokai lokasi menarik di luar Lembah Klang selain mahu merasai keseronokan menyambut perayaan tersebut.
"Kami di sini untuk enam hari dan sekarang sedang mendapatkan tiket untuk melawat Melaka, tak sabar rasanya," kata pemuda dari Yokohama, Jepun, Daichi, 19, yang pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia bersama tiga rakannya.
Tahun Baharu Cina disambut Sabtu ini dan merupakan tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Tatkala ada yang cenderung memandu kenderaan sendiri, pengangkutan awam terutamanya bas ekspres terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan keselesaan namun serik memandu dalam kesesakan. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.