ALOR SETAR: Pelancong yang mahu bercuti di Pulau Langkawi sempena cuti persekolahan penggal ketiga diingatkan menjadi pengguna bijak agar tragedi ikan siakap harga kayangan tidak kembali berulang.
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, semua pengguna perlu menyemak setiap harga perkhidmatan dan makanan di pulau pelancongan itu agar percutian mereka tidak terganggu.
Menurutnya, kejadian tujuh pelancong di sebuah restoran terapung di Langkawi yang dikejutkan harga ikan siakap, termasuk hidangan makanan dan minuman lain mencecah harga empat angka pada November tahun lalu seharusnya menjadi iktibar.
"Kalau boleh, ketika cuti sekolah ini kita tidak mahu dengar lagi ikan siakap mahal. Konsepnya senang saja, tanya dahulu sebelum makan, jangan makan dulu baru tanya harga.
"Sebagai pelancong kita perlu bijak menguruskan percutian. Pada cuti sekolah ini, memang akan ada peniaga yang akan naikan harga, jadi kita rancang awal untuk dapatkan harga yang murah serta rancang perjalanan kita agar menjadi lebih seronok dan lancar.
"Paling penting dapatkan perkhidmatan daripada agensi pelancongan yang sah," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, dekat sini.
Hadir sama ialah Pengerusi SWCorp Malaysia, Datuk Rizalman Mokhtar.
Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, lebih 60 peratus pengusaha pelancongan di Langkawi berjaya mengekalkan perniagaan mereka selepas kemasukan pelancong domestik yang memberangsangkan, terutamanya pada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, sempena cuti persekolahan penggal ketiga bermula Jumaat ini, pihaknya menggesa semua pelancong agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Pintu masuk di Langkawi sentiasa dalam keadaan bersiap sedia kerana masih ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memantau SOP.
"Begitu juga di dalam feri, cuma kita bimbang mengenai fenomena air pasang surut di jeti Kuala Perlis namun saya difahamkan semalam keadaan bertambah baik," ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Feb 22 2022
Lebih 60 peratus pengusaha pelancongan di Langkawi berjaya mengekalkan perniagaan mereka selepas kemasukan pelancong domestik. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Hari Guru - Aspirasi guru celik digital
Diskusi dengan dua pendidik dari Perlis dan Johor, mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini, Hari Guru: Aspirasi Guru Celik Digital dalam Awani 8.30 pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
AWANI Ringkas: Saranan kadar gaji minimum RM2,102
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi - Bruno Fernandes
Kapten Manchester United harap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik.'
Peranan besar guru dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar
Dalam zaman yang semakin moden menyaksikan guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai suasana serta ragaman anak murid.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Harits Asyraf Hasnan & Nursyazwani Saiful Sham
- Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
- Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
- 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
#AWANInews #AWANIPagi
- Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
- Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
- 4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
#AWANInews #AWANIPagi
Penyokong Arsenal tersilap 'serang' hotel penginapan City
Penyokong Arsenal cuba lancar serangan psikologi ke atas pemain City yang berkunjung ke utara London untuk aksi menentang Tottenham Hotspur.
EPL: Hojlund pastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan
Rasmus Hojlund masuk untuk melengkapkan mata dengan jaringan kemenangan pada minit ke-84.
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
Tak mahu isu 'siakap kayangan' berulang
Semua pengguna perlu menyemak setiap harga perkhidmatan dan makanan agar percutian mereka tidak terganggu.