JAGA pemakanan dan mengamalkan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.
Pelakon jelita Fasha Sandha mengakui ia bukan sesuatu yang mudah, namun dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram selepas melahirkan anak ketiga.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya 'melantak'.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi, makan lebih sedikit, badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya kepada Astro AWANI.
Berkongsi mengenai perkembangan terbaharu, Fasha bersyukur percaturan jenama tudung popular, Leeyanarahman menggunakan wajahnya menerusi kempen terbaharu 'Rosalinda' dilihat 'menjadi'.
“Kalau pelakon Thalia menjadi Rosalinda terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.
“Saya sendiri melihat usaha dilakukan Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz, mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012.
"Ternyata, populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan dengan harga mampu milik,” katanya.
Sementara itu, Fasha berkata, dia bersyukur kerana pihak Leeyanarahman sudi menyuntingnya sebagai wakil syarikat itu.
“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi.
"Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.
Astro Awani
Fri Jun 02 2023
Fasha (kiri) bersyukur percaturan jenama tudung Leeyanarahman menggunakan wajahnya menerusi kempen terbaharu, Rosalinda, dilihat menjadi. - Foto Leeyanarahman
Dua maut, 4,000 terjejas akibat banjir di Colombia
Hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.
FIM MiniGP Malaysia: Qabil Irfan sedia gegar Sepang
Walaupun masih berusia 12 tahun, dia optimis dengan latihan yang secukupnya mampu meningkatkan penggalamannya.
Pulau Pinang laksana program adaptasi iklim pertama di Malaysia
Program ini ialah inisiatif kerajaan negeri melalui sumber pembiayaan RM9.2 juta dari Adaptation Fund, sekretariat yang ditubuhkan UNFCCC.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 Jun 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Gencatan senjata: AS perlu bersikap lebih tegas terhadap Israel - PM
- Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini
- Rasuah RM20,000: Pegawai kanan PBT direman tiga hari
#AWANInews #AWANIPagi
- Gencatan senjata: AS perlu bersikap lebih tegas terhadap Israel - PM
- Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini
- Rasuah RM20,000: Pegawai kanan PBT direman tiga hari
#AWANInews #AWANIPagi
Houthi Yaman sasar tiga kapal di Laut Merah, Laut Arab
Pejuang Houthi dari Yaman melaksanakan operasi ketenteraan menyerang tiga kapal di Laut Merah dan Laut Arab.
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.
Situasi banjir di Brazil terus meruncing
Pasukan tentera dilaporkan terpaksa mengalihkan beberapa bekas bahan kimia yang dihanyutkan dari loji kitar semula berhampiran.
Cuaca panas melampau di California hingga Jumaat
Suhu siang hari yang luar biasa tinggi diramalkan melambung melebihi 37.8 darjah Celsius di beberapa negeri hingga Jumaat.
Sejuta rakyat Malaysia lengkapkan pembelajaran kendiri program 'AI untuk Rakyat' dalam tempoh singkat
Pencapaian ini berjaya diraih dalam tempoh kurang enam bulan selepas pelancarannya, melepasi matlamat awal sejuta orang dalam masa setahun.
Dua maut dan 4000 terjejas akibat banjir Colombia
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 4,000 terjejas akibat banjir di jabatan Casanare di Colombia.
Menurut kerajaan tempatan pada Selasa, hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.
Menurut kerajaan tempatan pada Selasa, hujan lebat membanjiri kawasan savana yang luas di bawah air menyebabkan tanaman dan tanah ladang musnah.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Fasha Sandha tepis tanggapan sedang hamil, muntah teruk sebab keracunan makanan
Masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
'Kita lebih hargai yang follow' - Video kontroversi tak halang pengikut Fasha Sandha bertambah 25,000
Sentiasa bersikap positif, Fasha berkata bilangan pengikutnya kini melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
Didakwa menari sakan di IG untuk tayang badan kurus, ini respons Fasha Sandha
Menurut Fasha, dia sememangnya merupakan seorang yang periang dan gemar menari sejak dahulu lagi tanpa mengira keadaan bentuk badannya.
Afiq Shazwan jawab isu aksi mesra dengan Fasha Sandha
Kemesraan Afiq Shazwan dengan Fasha Sandha sekadar memenuhi tuntutan karakter dalam sebuah drama.
'Tak malu pun, saya memang pakai murah-murah' - Fasha Sandha jawab dakwaan baju RM15
Menurut Fasha, baju yang berharga mahal tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.
Teruja diganding dengan Erra Fazira, Fasha Sandha dedah sikap sebenar idolanya
Fasha yang berkongsi gambar di balik tabir penggambaran drama itu di Instagram meluahkan perasaannya apabila pertama kali berlakon bersama pelakon kegemarannya itu.
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
Tak makan daging, ayam tips Fasha Sandha kembali dapat bentuk badan ideal
Jaga pemakanan dan imbangi dengan bersenam merupakan kunci kejayaan bagi seseorang untuk menurunkan berat badan.