Selain itu pasukan tentera dilaporkan terpaksa mengalihkan beberapa bekas bahan kimia yang dihanyutkan dari loji kitar semula berhampiran.
Menurut media tempatan, operasi pengumpulan dan pembersihan juga dijangka berlangsung selama seminggu.
Pihak tentera di kawasan itu juga bagaimanapun berkata, bahan kimia yang ditemui tidak mendatangkan risiko kepada penduduk selagi ia tidak dikendalikan.
Aktiviti pembersihan diteruskan di rantau itu, dengan penduduk tempatan meninggalkan perabot dan peralatan yang rosak di jalanan.
Beberapa para sukarelawan turut membersihkan sekolah yang rosak dalam usaha memastikan pelajar kembali ke sekolah secepat mungkin.
Laporan turut mendakwa para petani yang terjejas akan mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk memulihkan hasil tanaman mereka.
Menurut laporan terbaru yang dikongsi oleh Agensi Pertahanan Awam Rio Grande do Sul pada Rabu, ribut dan banjir sejak akhir April telah menjejaskan 476 majlis perbandaran, 572,781 orang kehilangan tempat tinggal, 806 cedera, 41 hilang dan 172 kematian disahkan.