awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak perlu bincang segerakan PRU, lihat kesan terhadap rakyat - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2020
23:25 MYT
Tak perlu bincang segerakan PRU, lihat kesan terhadap rakyat - Penganalisis
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin (depan dua, kanan) bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO Pusat Sabah di Kota Kinabalu, 26 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Tidak perlu adakan perbincangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin selepas kini selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, kesan kepada politik negara dan kesihatan rakyat terutamanya, perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Tak perlu ada perbincangan hendak cepatkan PRU, kerana kalau kita tengok, komplikasi dari segi politik dan kesihatan itu wujud.
“Kita lihat, peratusan keluar mengundi yang rendah, kerana orang takut. Jadi, perlu difikirkan semula apakah rasional dan logiknya meletakkan risiko sebegini kepada rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan.
“Kita seharusnya kembali serius untuk membincangkan kesihatan awam,” katanya kepada Astro AWANI.
Astro AWANI pada Sabtu melaporkan seluruh wakil rakyat yang baharu dilantik di bawah Gerakan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi komitmen sepenuhnya dalam memastikan kecemerlangan dan kemajuan negeri itu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.
“Saya memberi komitmen yang bersungguh-sungguh bahawa kerajaan negeri yang akan dibentuk seberapa segeranya nanti akan mendapat sokongan yang padu daripada Kerajaan Persekutuan yang saya pimpin sebagai Perdana Menteri.
“Apa yang saya katakan sepanjang kempen itu, InsyaAllah akan kita tunai dan akan kita laksanakan seberapa segeranya,” katanya kepada media di kediaman beliau di sini pada lewat Sabtu.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#GRS
#kerajaan
#kesihatan
#menang
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PRN Sabah
#PRU
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Sabah
#Sabah Memilih
#tumbang
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan