Orang ramai tidak perlu meragui soal pendirian kerajaan negeri dalam mempertahankan konsep raja berpelembagaan meskipun selepas rang undang-undang enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 diluluskan.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Johor, kerajaan sentiasa memegang prinsip raja berpelembagaan iaitu raja bertindak atas nasihat Menteri Besar.
LPHJ yang diluluskan selepas mendapat undian majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor di Kota Iskdandar hari ini, pernah menjadi perhatian umum apabila Sultan dilihat mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri.
Pembabitan Sultan dibimbangi akan mendedahkan Tuanku kepada kritikan rakyat.
Bagaimanapun, sebelum dibahas oleh lapan ADUN termasuk tiga daripada pakatan pembangkang, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Latif Bandi membentangkan 10 pindaan daripada lapan fasal daripada enakmen terbabit.
Menurut Mohamed Khaled, selepas diluluskan, kerajaan negeri kini berhasrat untuk fokus dalam matlamat utama LPHJ termasuklah menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.
Tambah Mohamed Khaled, LPHJ dijangka akan digerak bermula suku pertama tahun hadapan.
Sementara itu, LPHJ 2014 turut mendapat reaksi positif beberapa ADUN Barisan Nasional.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sardy berpendapat kewujudan enakmen kontroversi itu banyak kebaikannya.
Katanya LPHJ ditubuhkan bagi membantu rakyat memiliki rumah dengan membina lebih banyak rumah kos rendah.
“Ia selaras dengan permintaan rakyat Johor khususnya orang muda dalam kajian suara hati Johor yang dijalankan kerajaan negeri” katanya Md Jais lagi.
Adun Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali menegaskan ianya adalah keputusan yang penuh hikmah kepada rakyat Johor.
“Saya berharap pihak yang menguruskan lembaga itu akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil” kata Samsol kepada pemberita.
Astro Awani
Mon Jun 09 2014
KHALED NORDIN: Kerajaan sentiasa memegang prinsip raja berpelembagaan iaitu raja bertindak atas nasihat Menteri Besar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah punca kekalahan BN - Ahmad Said
Gaya hidup pemimpin UMNO yang mewah dan terlalu elit itu menyebabkan mereka terpisah dari masyarakat.
Jawatan MB Johor, serah kepada Kerajaan Pusat dan Sultan Johor - Khaled Nordin
Datuk Seri Mohamed khaled nordin menyerahkan kepada keputusan Kerajaan Pusat dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor.
Kad laporan serlah potensi Johor jadi negeri termaju
Sejak diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pertumbuhan ekonominya berkembang pesat, bukti negeri itu berada di landasan yang betul.
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak, kata Mohamed Khaled
Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018.
3,000 unit rumah kuota bumiputera ditukar status ke lot antarabangsa
Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.
Johor bantu SPRM siasat kes rasuah hartanah - Khaled
Kerajaan negeri Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berhubung siasatan kes penyelewangan dalam urusan hartanah dan perumahan di negeri itu.
Johor rancang bina lapangan terbang di Mersing
Ini berikutan rancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang di daerah terbabit bagi meningkatkan jaringan hubungan di antara Mersing dengan kawasan di sekitarnya.
Laporan polis dibuat berhubung kad identiti bangsa Johor
Polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab mewujudkan isu kad identiti Bangsa Johor.
Forest City: Tun Mahathir umpama pertikai dasar kerakyatan negara - MB Johor
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung projek pembangunan Forest City umpama mempertikai dasar kerakyatan negara ini.
Tak perlu ragu pendirian Johor walaupun selepas perlaksanaan enakmen LPHJ
Orang ramai tidak perlu ragu pendirian kerajaan negeri dalam mempertahankan raja berpelembagaan meskipun selepas enakmen LPHJ diluluskan.