awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sanggup dimadu, isteri serang suami dengan pisau pemotong sayur

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
08/08/2017
10:55 MYT
Tak sanggup dimadu, isteri serang suami dengan pisau pemotong sayur
Mangsa mengalami kecederaan di kepala, dahi dan lengan kanan. - Foto ASTRO AWANI/MUHAFANDI MUHAMAD
Seorang lelaki berusia 55 tahun parah ditetak menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya dipercayai gara-gara menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lagi.
Susulan serangan itu, lelaki berkenaan menerima 15 jahitan selepas ditetak dalam kejadian di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dahi dan lengan kanan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Manek Urai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Katanya, mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.
Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis dan berbaik semula dengan isterinya.
Topic Berkaitan
#jenayah
#kahwin
#manek urai
#pisau
#poligami
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan