awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak sempat daftar universiti, remaja maut kereta langgar treler

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2023
04:24 MYT
Tak sempat daftar universiti, remaja maut kereta langgar treler
Keadaan kereta Savvy yang dinaiki mangsa selepas melanggar belakang treler dalam kejadian kemalangan di KM301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
KAMPAR: Seorang remaja yang dalam perjalanan untuk mendaftar masuk ke universiti maut selepas kereta dinaiki bersama ahli keluarganya melanggar sebuah treler dalam kejadian kemalangan di KM301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan pada Sabtu.
Difahamkan, mangsa yang maut, Muhammad Zweill Haikal Ghazali, 18, bersama abangnya, Muhammad Darweiss Ghazali, 20, dari Pulau Pinang itu sepatutnya mendaftar di sebuah universiti di Cyberjaya hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi membabitkan kereta jenis Proton Savvy dinaiki lima individu dengan sebuah treler jenis Volvo FM11.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan dari arah Ipoh menuju ke Kuala Lumpur ketika kejadian kemalangan tersebut berlaku.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan disyaki gagal dikawal sebelum melanggar bahagian belakang sebelah kanan treler yang sedang bergerak di lorong sebelah kiri.
"Akibat dari kejadian ini, mangsa yang merupakan penumpang belakang maut di tempat kejadian dan kesemua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, pemandu kereta, Muhammad Danial Haikal Ghazali, 24, mengalami pendarahan di perut dan tidak sedarkan diri manakala penumpang hadapan yang merupakan ibu mangsa, Asnoni Othman, 49, mengalami patah peha kiri turut tidak sedarkan diri.
Jelasnya, dua lagi penumpang di belakang, Muhammad Darweiss dan Muhammad Uwaiss Ryeqal Ghazali, 10, hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Mohamad Nazri berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja maut
#daftar universiti
#langgar treler
#Kampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan