Hajat seorang lelaki berusia 20an yang mahu meragut rantai emas tidak kesampaian apabila beliau ditangkap polis dalam satu insiden di Jalan Masjid India, ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah kejadian berlaku pada pukul 11.20 malam ketika mangsa seorang lelaki berusia 30an didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal.
“Suspek datang dari arah belakang dan menarik rantai emas di leher mangsa, bagaimanapun mangsa sempat mengelak dan rantai emas itu terjatuh di bawah.
“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan abang ipar mangsa mengejar (berlari) dan sempat meminta bantuan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Munshi Abdullah.
“Semasa kejadian itu, suspek bertindak melanggar mangsa sehingga dia (suspek) sendiri terbabas sekaligus ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, akibat pelanggaran tersebut kedua-dua mangsa dan suspek mengalami kecederaan ringan.
Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan samun.
“Semakan motorsikal yang digunakan oleh suspek mendapati motorsikal tersebut masih lagi dilaporkan hilang.
“Polis merampas motosikal berkenaan, topi keledar, dua buah telefon bimbit, sebuah beg sailang, tiga anak kunci motosikal Yamaha, serangkai kunci, sarung tangan, alat penimbang, walkie talkie serta, sebilah pisau, cukai jalan motosikal, plug motosikal yang telah diubah suai, dan beg bewarna hitam yang mengandungi alat-alat disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal.
Suspek ditahan dibawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini.
Kejayaan tangkapan suspek peragut ini seiring dengan matlamat Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam mengurangkan jenayah ragut dan samun di ibu negara.
Afiezy Azaman
Sat Apr 27 2019

Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan samun. - Foto PDRM

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.

18 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

PKPD di 5 kawasan di Besut dilanjut sehingga 27 April - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut Terengganu bermula 21 sehingga 27 April depan.

Pengetua SMK Dato' Bentara Luar mohon maaf asingkan sukan ikut kaum
Pengetua SMK Dato Bentara Luar mengakui, pihaknya terlepas pandang isu perkauman dalam maklumat yang diedarkan kepada semua pelajar.

18 Puasa di Kampong Pisang | RM1 juta dalam 3 hari
Filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid berjaya meraih kutipan sejuta ringgit hanya dalam tempoh tiga hari ia ditayangkan. Watak Barkoba lakonan Bell Ngasri juga dilihat telah tular menerusi hasil ‘meme’ di media sosial ketika bulan Ramadan berikutan karakternya yang tidak berpuasa dan sinonim dengan ‘beg hitam’.

Putera Philip | Tamat tempoh berkabung seluruh negara
Bendera Union Jack kembali dinaikkan semula hari ini selepas 10 hari berkibar separuh tiang sebagai tanda penghormatan buat pemergian Putera Philip. Bendera Union Jack dilihat dinaikkan sepenuhnya di Istana Buckingham dan di Downing Street di London pada Ahad menandakan tempoh berkabung seluruh negara berakhir.

Vaksin COVID-19 | Fasa kedua 36,000 warga emas, OKU
Kira-kira 36,000 warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menerima suntikan vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula semalam.

Harga Ayam Naik | Harga dedak import mahal dikesan antara punca
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan bahawa kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.

Suspek himpit motosikal anggota polis hingga sebabkan kematian direman 7 hari
Perintah tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret George Town Khalijah Mohd Khalid pagi tadi.

Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
Suspek didakwa menghimpit motosikal anggota polis terbabit hingga menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia.

Polis nafi berita tular anggota polis meninggal dunia lepas ambil vaksin COVID-19
Polis menafikan maklumat tular menerusi media sosial kononnya seorang anggota pasukan itu meninggal dunia selepas mengambil suntikan kedua vaksin COVID-19.

Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.

Koperal, anak 7 tahun ditemui mati dipercayai bunuh diri
Mayat lelaki berusia 35 tahun dan anak lelakinya ditemui dalam kereta jenis Proton Wira dengan kesan tembakan di kepala.

Anggota polis cedera tertembak paha
Mangsa yang mengalami kecederaan itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Pedih... Kulit leher tersiat, dihiris tali layang-layang melintang di jalan
Penjawat awam itu sedang menunggang motosikal dari Hospital Bukit Mertajam menuju ke IPD Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Empat pegawai, anggota polis antara 14 ditahan terbabit aktiviti pemburuan haram
Seramai 14 individu termasuk empat pegawai dan anggota polis ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti pemburuan haram.

Pegawai, anggota polis ditahan sertai parti liar
Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Anggota polis antara tiga maut dalam kemalangan di Tuaran
Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori ATM di Tuaran pagi tadi.