awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Terus berbakti walau selepas kematian: Tubuh 'dihadiahkan', demi generasi doktor masa depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak serik-serik, empat individu ditahan lagi kerana edar dadah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/02/2021
08:57 MYT
Tak serik-serik, empat individu ditahan lagi kerana edar dadah
Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dan pegawainya sedang memeriksa empat suspek itu bersama individu-individu yang ditahan atas kesalahan lain. - PDRM
ALOR SETAR:Empat lelaki yang dipercayai terbabit mengedar dadah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Taman Sri Aman, Anak Bukit, Alor Setar, hari ini.
Serbuan dilakukan jam 1 pagi oleh sepasukan anggota Balai Polis Anak Bukit dan kesemua suspek yang ditahan berusia antara 20-an hingga 40-an.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil pemeriksaan menemui lima paket plastik lutsinar pelbagai saiz dadah jenis syabu seberat 95 gram.
Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenis Audi A5, satu kunci dan wang tunai bercampur-campur bernilai RM1,870.
Hasil saringan air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis methampetamine.
Semakan rekod juga mendapati keempat-empat mereka mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sek 15 (1) (a) ADB 1952.
Beliau memandang serius berkaitan pengedaran dan penagihan dadah ini kerana menjadi punca masalah jenayah dan kekerasan terhadap keluarga.
"Apabila mereka ni terlibat dengan penyalahgunaan dadah, ia akan melibatkan banyak pihak. Apabila tidak dapat bekalan, dia akan menjurus kepada masalah rumah tangga, masalah jenayah lain seperti pecah rumah dan sebagainya.
"Masalah dadah ini bukan hanya masalah dadah tersendiri dia akan mengakibatkan masalah masalah yang lain," ujar Ahmad Shukri.
Topic Berkaitan
#pengedar dadah
#masalah dadah
#jenayah
#narkotik
#PDRM
#polis
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan