awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2013
08:55 MYT
Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat
Ketaksuban kepada hak asasi manusia secara membuta tuli akan mengundang kepincangan dalam kalangan masyarakat dan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, terdapat pihak yang mengabaikan hak asasi sejagat dan memberi tumpuan kepada hak asasi manusia yang didasarkan kepada deklarasi hak asasi manusia sejagat yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malah katanya terdapat badan bukan kerajaan yang menyediakan laporan negatif tentang kedudukan hak asasi manusia serta mengenai kedudukan kebebasan beragama di negara ini.
Laporan itu dibuat meskipun mereka mengetahui perlembagaan persekutuan telah memberi jaminan secukupnya tentang kebebasan agama.
Sebelum ini Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) membawa laporan kepada PBB antara lain menuntut kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama, mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Mereka juga menuntut untuk menghalalkan pengzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju.
Mengulas lanjut Jamil berkata, sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, sudah pasti LGBT bertentangan dengan nilai-nilai murni kemanusiaan.
Menyedari kedudukan negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama, kerajaan melihat hak-hak semua pihak secara serentak dan ia memerlukan kepimpinan yang bijaksana serta perancangan dan pelaksanaan yang kemas dan berkesan.
Topic Berkaitan
#Comango
#Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan