TUMPAT: Taktik penyeludup mengubah suai tangki serta membuat pembelian minyak diesel dari stesen ke stesen berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa pada Sabtu.
Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semasa Operasi Bersepadu yang turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa itu telah mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sedang membuat pengisian minyak dari satu stesen ke stesen secara berterusan.
"Kami telah bertindak membuat serbuan pada jam 12.30 tengah hari di sebuah stesen minyak di Chabang Empat Tok Mek Ngah.
"Pemeriksaan lanjut terhadap sebuah lori jenis Isuzu telah menjumpai minyak diesel 274 liter bernilai RM589 di dalam tangki yang dipercayai diubah suai," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, minyak diesel tersebut dipercayai akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram.
Menurutnya, seorang lelaki turut ditahan dan kes tersebut akan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana disyaki memiliki barang kawalan tanpa lesen dengan niat melakukan kesalahan.
Aswadi berkata, siasatan lanjut akan dijalankan ke atas pemilik asal kenderaan dan punca barang kawalan yang diperolehi.
Beliau berkata, KPDNHEP tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil.
"Kerjasama bersepadu bersama agensi penguatkuasaan sempadan sentiasa giat dijalankan dari masa ke masa bagi membanteras kegiatan tersebut," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 22 2022
Taktik penyeludup mengubahsuai tangki serta membuat pembelian minyak diesel dari stesen ke stesen berjaya dihidu oleh pihak berkuasa pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Taktik ubah suai tangki, seludup diesel tumpas
Minyak diesel tersebut dipercayai akan diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram.
Ubah suai tangki minyak, cubaan seleweng 1,000 liter diesel gagal
Seorang lelaki ditahan bersama sebuah lori yang ditutup dengan kanvas dipercayai terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel di sebuah stesen minyak.