awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tam, badak sumbu Sumatera jantan terakhir Malaysia akan dipamer di Muzium Sabah

Bernama
Bernama
09/06/2019
09:26 MYT
Tam, badak sumbu Sumatera jantan terakhir Malaysia akan dipamer di Muzium Sabah
Badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia itu mati pada 27 Mei lepas. GAMBAR BORA
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew berkata replika Tam, badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia, yang mati bulan lepas, akan dipamerkan di Muzium Sabah.
Beliau berkata replika saiz sebenar haiwan itu akan dibina menggunakan tulangnya dan sebaik sahaja siap, pelancong asing dan tempatan akan dapat melihat haiwan terkenal itu.
Liew memberitahu demikian kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menteri kabinet negeri di sini hari ini.
Tetamu kehormat ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
BACA: Selepas Puntung, sanggupkah Malaysia kehilangan Tam dan Iman?
BACA: Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
BACA: Malaysia, tolong doakan Tam...
BACA: Tam mati akibat kegagalan jantung dan paru-paru
BACA: Malaysia, Indonesia jalin kerjasama selamatkan baka badak sumbu Sumatera
Liew, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata, satu mesyuarat akan diadakan dengan Muzium Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah tidak lama lagi untuk membincangkan perkara itu.
Badak sumbu Sumatera jantan terakhir di Malaysia itu mati pada 27 Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badak Sumatera
#Badak Sumatera jantan
#Badak Sumatera terakhir Malaysia
#Iman
#Malaysia
#pelancong
#Puntung
#spesies terancam
#Tam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan