SUBANG JAYA: Polis menasihatkan pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon menetapkan 1,000 orang dan ke bawah di taman air berombak taman tema air berkenaan dalam satu-satu masa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata siasatan pihak polis mendapati taman air berombak di taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu satu masa tetapi mengikut SOP MKN Fasa 4 PPN hanya 5,000 orang dalam satu-satu masa.
"Menerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP.
"Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, pihak Pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon telah bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Pihak mereka turut memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuai bagi memastikan ianya dilaksanakan.
"Pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon juga akan sentiasa memastikan supaya semua pengunjung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.
Pada Rabu, polis menyiasat video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook @Rizal Hakimm Punyer berdurasi 13 saat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di taman tema tersebut.
“Hasil siasatan awal, Taman Tema Sunway Lagoon boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa manakala kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,” katanya menerusi satu kenyataan sebelum ini.
Tambah beliau, pada tarikh kejadian berlaku iaitu 6 November lalu, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut.
“Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Nov 15 2021

Polis menyiasat video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon. - Foto fail

5 ADUN UMNO Sabah bakal digantung?
Lima ADUN UMNO Sabah dikatakan bakal digantung keahlian kerana memberikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam satu siri pergolakan politik di Sabah baru-baru ini.

Lima pengamal perubatan tradisional terlepas hukuman mati
Lima pengamal perubatan tradisional termasuk dua wanita, terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.

PAPSMA bantah monopoli agensi pekerjaan bagi eksploitasi pekerja asing
PAPSMA membantah monopoli agensi melalui sistem digital sedia ada dengan menggunakan sindiket yang terdiri daripada agensi-agensi pekerjaan negara tertentu bagi eksploitasi kemasukan pekerja asing.

Lapan maut kapal karam di perairan Jepun
Lapan orang termasuk enam warga China maut selepas sebuah kapal karam di perairan pantai Jepun, Selasa lalu.

Penerbangan Capital A bawa 24.2 juta penumpang, melonjak 404 peratus
Jumlah penumpang syarikat penerbangan disatukan di bawah Capital A Bhd mencecah rekod 24.2 juta bagi tahun kewangan 2022 (TK2022).

Lebih banyak usaha perlu dilakukan tolak persepsi TVET pendidikan kelas kedua
Lebih banyak usaha perlu dilakukan dalam menolak persepsi bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional merupakan pilihan kedua atau pendidikan kelas kedua khususnya dalam golongan muda.

Perniagaan Asia Tenggara perlu penyelesaian keselamatan siber komprehensif - Kaspersky
Asia Tenggara kekal sebagai ekonomi digital yang mencatat pertumbuhan terpantas di Asia Pasifik dan memerlukan penyelesaian keselamatan siber serba komprehensif serta tenaga kerja bersesuaian.

Indonesia Masters: Zii Jia sekali lagi gagal lepasi pusingan awal
Lee Zii Jia mengalami penyingkiran pusingan awal kali ketiga berturut-turut apabila tumpas kepada pemain berpengalaman Hong Kong, Angus Ng Ka Long, pada pusingan kedua, Indonesia Masters 2023.

Banjir Johor | Lebih 100 tanaman tenggelam di kebun Desaru Fruit Farm
Desaru Fruit Farm terpaksa menanggung kerugian lebih setengah juta ringgit apabila hampir 90 peratus kebun buah-buahannya ditenggelami banjir. Kebun yang terletak di Desaru Kota Tinggi seluas 87 ekar yang menanam lebih 100 jenis tanaman itu ditenggelami air hingga 2 meter pada Selasa.

Banjir | Johor beri bantuan RM300 kepada keluarga terjejas banjir
Setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan demikian ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah di Labis, pada Khamis.

Wang bantuan awal persekolahan hilang: Wujud pelanggaran SOP kewangan - Fadhlina
Jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000, perlu mendapatkan perkhidmatan pengiring daripada polis.

COVID-19: Pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak lupakan pelanduk - Khutbah Jumaat
Jemaah diingatkan, COVID-19 masih berlegar dalam kehidupan seharian dan terus menular, malah sentiasa menjelmakan varian baharu.

Kemasukan pelancong China: Usah beri reaksi keterlaluan - Tiong King Sing
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.

COVID-19: Tiada SOP tambahan bagi pengembara dari China masuk Sabah - Hajiji
Sabah tidak akan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) tambahan kepada pengembara di China ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Teroka REE: 'Kalau lambat macam kura-kura, semua akan rugi' - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah terpaksa memulakan proses penerokaan unsur nadir bumi berlandaskan bidang-bidang kuasa negeri.

COVID-19: KKM teliti tujuh indikator sebelum perketat SOP - Dr Noor Hisham
Sekiranya data menunjukkan peningkatan di semua indikator, maka KKM akan melihat tindakan susulan.

Memperketat SOP pengembara luar negara bukan langkah tepat - Tiong
Keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia adalah keutamaan, namun, perlu diseimbangkan dengan faktor ekonomi.

Media akan diberi taklimat kesiapsiagaan COVID-19 Selasa depan
Dr Zaliha Mustafa berkata, beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan SOP COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.

MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini
Majlis Pelancongan Malaysia (MITA) menggesa kerajaan agar mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas sebelum kedatangan pelancong dari China bermula Isnin ini.

COVID-19: KKM sedia ketatkan SOP kesihatan di pintu sempadan negara - Dr Zaliha
Bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara yang tiba dari negara China, bahkan yang tiba dari semua negara di dunia.