awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tamat pengajian di Singapura, Syed Saddiq sumbang RM50,000 kepada golongan memerlukan di Muar

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
11/04/2021
14:17 MYT
Tamat pengajian di Singapura, Syed Saddiq sumbang RM50,000 kepada golongan memerlukan di Muar
Syed Saddiq menunjukkan sijil tamat program Program Felo Sekolah Perkhidmatan Awam Lee Kuan Yew di NUS. - Gambar/ Facebook @syedsaddiqofficial
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan Program Felo Sekolah Perkhidmatan Awam Lee Kuan Yew di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Singapura.
“Saya rasa bertenaga dan segar. Saya tidak sabar untuk menjadi ‘change maker’ yang berkesan di Malaysia.
"Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya!,” ujarnya dalam muat naik di Facebooknya.
BACA: Cuti belajar: 'I don't deserve to keep my salary ...' - Syed Saddiq
Kata Syed Saddiq, beliau juga sudah menyumbangkan sebulan gajinya sebagai Ahli Parlimen untuk tujuan kebajikan di Muar.
Selain itu, katanya beliau berjaya mengumpul dana sebanyak RM20,000 dengan mengajar kelas ‘Çritical Thingking’ melalui aplikasi Zoom.
“Saya sekarang ingin menyumbang 100 peratus elaun pelajar saya (memandangkan saya mendapat biasiswa sepanjang saya tinggal di Singapura) kepada yang memerlukan di Muar.
"Keseluruhannya (gaji Ahli Parlimen+pengumpulan dana melalui kelas Zoom+elaun pelajar) lebih kurang RM50,000 untuk golongan yang memerlukan di Muar,” tulisnya lagi.
Katanya, beliau mahu yang terbaik untuk kawasannya dan berharap ilmu yang dituntut dapat memperbaiki kemampuannya berkhidmat kepada Muar dan Malaysia.
Pada 8 Mac lalu, Syed Saddiq mengumumkan akan memulangkan kesemua gaji bulan Mac beliau bagi kegunaan di kawasannya selepas membuat keputusan untuk menghabiskan pengajiannya di Singapura selama sebulan.
“Alhamdulillah, saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di NUS dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh.
“Sejak September 2020 saya telah mulakan Kursus Eksekutif dalam Polisi Awam di NUS. Sebelum ini kelas semua dibuat secara atas talian, tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura," kongsinya di Facebook ketika itu.
Topic Berkaitan
#Lee Kuan Yew
#Singapura
#Muar
#Parlimen
#sekolah
#pelajar
#Malaysia
#Ahli Parlimen Muar
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan