awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambah baik infrastruktur telekomunikasi, lebih RM1 bilion pelaburan di Kelantan

Bernama
Bernama
20/10/2021
22:51 MYT
Tambah baik infrastruktur telekomunikasi, lebih RM1 bilion pelaburan di Kelantan
Annuar turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mendengar taklimat daripada delegasi MCMC. - Twitter Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pelaburan bagi menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Melalui perkongsian di Twitter hari ini, beliau memaklumkan pelbagai inisiatif baharu telah ditambah menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di negeri berkenaan.
"JENDELA di Kelantan telah ditambah dengan inisiatif baharu melalui pembinaan menara-menara baharu, perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada masyarakat Orang Asli menggunakan teknologi satelit dan juga pemasangan gentian optik berkelajuan tinggi di beberapa premis," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mendengar taklimat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan RM700 juta menerusi JENDELA untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur telekomunikasi di negeri berkenaan bagi menambah baik capaian internet seterusnya memastikan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi lebih baik.
Untuk menambah baik infrastruktur telekomunikasi di Kelantan, saya telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah pelaburan daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion. Terima kasih YAB Menteri Besar Kelantan yang sudi menerima taklimat daripada delegasi @MCMC_RASMI. (1/2) pic.twitter.com/YwJxCdaNmb
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 20, 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#telekomunikasi
#Kelantan
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan