awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2023
06:43 MYT
Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023M di Pusat Konvensyen Hotel Movenpick (MHCC) hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Malaysia masih menunggu keputusan rayuan kelulusan tambahan 350 lagi kouta haji tahun ini daripada kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai asas untuk memohon tambahan kuota terbabit berikutan pertambahan populasi penduduk negara ini yang sudah meningkat kepada 31.95 juta penduduk.
"Yang kita dah dapat ini sebanyak 31,600, jadi kita ada asas yang kita sebut kepada kerajaan Arab Saudi kenapa kita nak naikkan 350 lagi supaya jumlahnya jadi 31,950. Jadi bahagian itu kita akan tunggulah daripada kerajaan (Arab Saudi)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata, hasrat bagi penambahan kuota itu sudah disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah pada Januari dan Februari lalu.
"Semasa saya ke Jeddah pada Januari lalu sudah dikemukakan rayuan ini dan apabila Dr Tawfiq buat kunjungan ke Malaysia pada Februari lalu saya juga sudah kemukakan rayuan sama. Jadi kita harap kerajaan Arab Saudi akan beri pertimbangan," katanya.
Jumlah penduduk negara ini bertambah mengikut Prospektus Populasi 2019 yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu seramai 31.95 juta orang.
Januari lalu, media melaporkan Malaysia menerima kuota haji seramai 31,600 jemaah, tahun ini, daripada Kerajaan Arab Saudi.
Kelulusan itu diberikan Dr Tawfiq ketika Mohd Na'im menghadiri mesyuarat sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 anjuran Kerajaan Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#hal ehwal agama
#Mohd Na'im Mokhtar
#kouta haji
#tambahan
#rayuan
#Arab Saudi
#permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan