awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tambang fleksi ETS tawar kadar lebih murah untuk tempahan awal

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2019
02:10 MYT
Tambang fleksi ETS tawar kadar lebih murah untuk tempahan awal
Tiket bagi tambang fleksi ETS akan mula dijual pada 15 Januari 2020 bagi perjalanan ke semua destinasi antara 1 dan 31 Mac 2020. - Gambar hiasan
Penumpang perkhidmatan ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menikmati kadar tambang yang lebih berpatutan apabila syarikat itu memperkenalkan struktur tambang fleksi bermula 1 Mac 2020.
Pelaksanaan tambang fleksi tersebut akan memberi kelebihan kepada pengguna ETS untuk merancang perbelanjaan dan pengalaman perjalanan mereka dengan lebih baik.
"Ia membolehkan pengguna mendapatkan tambang tiket perjalanan yang lebih menjimatkan mengikut pilihan dan citarasa masing-masing.
"Sebagai contoh, bagi perjalanan pada musim perayaan dan cuti sekolah, para pengguna yang membuat tempahan awal akan menikmati kadar tambang yang lebih rendah berbanding mereka yang membelinya pada saat akhir.
"Pengguna juga berpeluang menikmati penjimatan berganda menerusi promosi-promosi yang bakal ditawarkan dari semasa ke semasa," kata Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, tiket bagi tambang fleksi tersebut akan mula dijual pada 15 Januari 2020 bagi perjalanan ke semua destinasi perkhidmatan ETS mulai 1 Mac 2020.
Katanya, pelaksanaan struktur tambang fleksi tersebut diluluskan Kabinet pada 18 September 2019 lalu,
Ia susulan kajian terperinci yang dilakukan terhadap segala aspek, terutama berkaitan profil penumpang dan pengoperasian perkhidmatan ETS.
"Ia juga sejajar hasrat kerajaan memastikan rakyat menerima perkhidmatan terbaik dan terus memilih pengangkutan awam seperti kereta api sebagai pilihan utama," tambahnya.
BACA: KTMB bakal perkenal koc kelas perniagaan bagi ETS2
Sebagai pengenalan kepada tambang fleksi ini, KTMB juga menawarkan promosi “Seleksi Tempat Duduk” percuma untuk penumpang membuat pilihan tempat duduk tanpa sebarang caj tambahan bagi perjalanan di antara 1 hingga 31 Mac 2020 ke semua destinasi.
Selain itu, KTMB masih menawarkan harga tambang konsesi untuk pesara kerajaan dan isteri, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), kanak-kanak 4 – 12 tahun, pelajar (pemegang kad KTM i-card), polis, tentera dan bomba.
Menurut kementerian, perkhidmatan ETS yang mula beroperasi di antara Kuala Lumpur dan Ipoh pada 2010 telah merekodkan seramai 215,000 pada tahun pertama pengenalannya.
Sehingga kini, perkhidmatan itu yang telah dilanjutkan ke sektor Gemas dan Padang Besar berjaya merekodkan seramai 3.9 juta penumpang pada tahun 2018, sekaligus membuktikan popularitinya yang kian meningkat.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kepada peningkatan populariti itu adalah ketepatan waktu perjalanan perkhidmatan ETS yang menepati sasaran melebihi 95 peratus, layanan khidmat pelanggannya serta kemudahan moden yang tersedia di dalam tren.
Topic Berkaitan
#cuti sekolah
#fleksi
#kabinet
#Kajian
#kerajaan
#kereta api
#KTMB
#OKU
#pelajar
#penjimatan berganda
#perayaan
#profil penumpang
#promosi
#struktur tambang fleksi
#tambang
#tempahan awal
#tiket
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan