Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat kebangsaan.
Sementara penerima anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa ialah cendekiawan, ulama tersohor dan pendakwah Islam dari Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik.
Masing-masing menerima wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak dan bingkai.
Abdul Hamid, 69, berkelulusan Sarjana dalam bidang Siasah Shariyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dalam ucapannya, Abdul Hamid berkata penganugerahan itu menunjukkan penghargaan kerajaan Malaysia terhadap jasa yang telah ditaburkan.
"Sesungguhnya saya amat terharu dengan penganugerahan ini dan merupakan satu penghormatan kepada saya dan keluarga yang akan terpahat dalam lipatan perjalanan hidup saya," katanya.
Beliau berkata semoga sambutan Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun dapat menjadikan kekuatan dalam perjuangan untuk mengangkat martabat serta mempertahankan maruah masyarakat Islam.
Sementara itu, Dr Zakir, 48, merupakan pengasas Islamic Research Foundation di India dan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pembedahan dari University Bombay, Mumbai.
"Terima kasih kepada kerajaan Malaysia bagi pengiktirafan ini, saya berasa sungguh gembira menerima anugerah ini dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menerima saya sebagai pendakwah Islam di negara ini," katanya dalam ucapan.
Katanya hanya melalui Al-Quran dan Sunnah sahaja dapat menyatukan perpaduan ummah dan menyelesaikan segala permasalahan.
Bernama
Tue Nov 05 2013
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Salah setuju kontrak dua tahun
Satu kesepakatan dilaporkan telah dicapai kedua-dua pihak yang akan memberi kelegaan besar kepada jutaan peminat The Reds di seluruh dunia.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Banjir: Jumlah mangsa di tiga negeri menurun, dua tidak berubah
Di Kelantan, 2,268 orang daripada 655 keluarga ditempatkan di empat PPS setakat 8 pagi ini, berbanding 2,925 orang malam tadi.
Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pada Sabtu.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Beliau berkata meskipun perubahan adalah sesuatu yang biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024
Sejak mula beroperasi, transaksi e-pembayaran tiga bank itu catat peningkatan yang luar biasa dalam tempoh masa yang singkat, mengatasi jangkaan dan unjuran.
17 projek persekutuan di Sabah sakit, 420 projek lagi belum bermula
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tumpuan ketika ini adalah untuk menyelesaikan projek terbabit dan memastikan 420 projek yang belum bermula dapat dimulakan secepat mungkin.
Jualan Madani: Penjimatan sehingga RM1.05 juta
Pengerusi Task Force NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, sejak Februari lalu hampir 300 program jualan telah dilancarkan dan rakyat menerima manfaat sepanjang program berkenaan diadakan.
Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
Tan Sri Abdul Hamid diumum Tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat kebangsaan
Anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pula diraih cendekiawan, ulama tersohor dan pendakwah Islam dari Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik.