Penganugerahan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memenuhi laman media sosial hari ini dan trending di Twitter.
Perkataan ‘Tan Sri’ sahaja mendapat lebih 26,500 hantaran hingga 5 petang hari ini, susulan penganugerahan yang diterima tokoh yang cukup dikenali rakyat Malaysia berikutan penularan pandemik COVID-19.
Barisan pemimpin negara, ahli Parlimen blok pembangkang, selebriti tanah air dan netizen mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad antara yang mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham yang pernah dinamakan sebagai antara tiga doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) berdasarkan kewibawaan menangani krisis COVID-19.
“Tahniah Tan Sri!,” kata Dr Noraini yang mengulang hantaran Dr Noor Hisham.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun turut memuat naik sekeping gambar Dr Noor Hisham berserta ungkapan:
“Heartiest congratulations to our Director-General of Health @DGHisham. He is now a Tan Sri. He has been conferred the ‘Panglima Setia Mahkota (PSM)’ award in conjunction with DYMM Yang Dipertuan Agong’s official birthday celebration. Much deserved. Tahniah.”
Turut mengambil kesempatan ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham dan berkata beliau adalah “hero sebenar” Malaysia.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan menganugerahkan darjah kebesaran kepada Dr Noor Hisham pada istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2020 di Istana Melawati
Selain Dr Noor Hisham, seramai 11 lagi individu turut menerima Darjah PSM bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.
Selebriti Neelofa pula menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Noor Hisham atas sumbangan beliau.
“Heartiest congratulations to Tan Sri @DGHisham on your well deserved award. Thank you for your contribution to the country. Our true Malaysian Hero!” katanya.
Turut berkongsi ucapan tahniah ialah pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri yang bertugas di London .
Dr Noor Hisham dalam hantarannya menerusi Twitter, berkata penganugerahan darjah kebesaran itu adalah pengiktirafan terbesar buat petugas barisan hadapan dan warga Kementerian Kesihatan (KKM) yang berjuang memerangi pandemik COVID-19.
“Merafak sembah, menjunjung kasih Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kurniaan pingat PSM. Darjah kebesaran ini adalah satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir KKM, lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam,” katanya.
Hantaran itu diulang hantar sebanyak 8,500 kali dengan 15,000 tanda suka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 17 2020
Selain Dr Noor Hisham, seramai 11 lagi individu turut menerima Darjah PSM bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.