awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2020
15:07 MYT
Tan Sri Zaleha Ismail meninggal dunia
Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota jam 10 pagi esok (Ahad). -Gambar/ Facebook @Global Peace Foundation- Malaysia
KUALA LUMPUR:Bekas Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Zaleha Ismail, 84, yang juga veteran UMNO meninggal dunia di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur malam ini.
Difahamkan, Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.34 malam itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota jam 10 pagi esok (Ahad).
Sementara itu, Bernama melaporkan adik ipar Allahyarhamah ketika dihubungi mengesahkan beliau meninggal dunia akibat masalah kesihatan.
Allahyarhamah mula menyertai UMNO pada 1968 sebagai ahli biasa hingga jawatan tertingginya sebagai Ahli Majlis Tertinggi.
Allahyarhamah terlibat dalam politik selama 30 tahun dan mula bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 1978 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Selangor.
Dari tahun 1987 hingga 1995, Allahyarhamah menjadi Ahli Parlimen Gombak dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.
Selepas memenangi PRU 1995, Allahyarhamah dilantik sebagai Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat.
Sebelum aktif dalam politik, Allahyarhamah pernah bertugas di Radio Malaya sebagai pembantu rancangan dan Pegawai Ensiklopedia di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Topic Berkaitan
#Zaleha Ismail
#UMNO
#Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat
#Gombak
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan