NATIONAL
Tanah jerlus Masjid India: JKR diarah beri bantuan teknologi - Nanta

Walaupun kejadian berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, namun kementerian sentiasa memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah memberikan bantuan sokongan teknologi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.
Ringkasan AI
- Jabatan Kerja Raya (JKR) diarahkan untuk memberikan bantuan sokongan teknologi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India.
- Walaupun kejadian berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, Kementerian Kerja Raya akan memberikan kerjasama penuh kerana ia adalah kejadian bencana.
- Wanita warga India, Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat insiden tanah jerlus ketika berjalan ke sebuah kuil berhampiran.
Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami